Tidak lama lagi, Abdul Hadi Awang pasti tukar pendirian. Sudah biasa. PAS selamanya pak turut.

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendakwa PAS menyatakan komitmen yang berbeza dengan kenyataan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kedudukan menteri besar Selangor.

Saifuddin mendakwa, wakil PAS serta wakil parti Pakatan Rakyat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan, Rabu lalu, telahpun menerima usul agar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di jawatan tersebut.

Katanya, mesyuarat itu disertai enam orang pemimpin kanan PAS – timbalan presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, dua orang naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua pemuda Suhaizan Kaiyat, serta AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli.

Saifuddin turut mengingatkan PAS bahawa PKR sebelum ini 'menghormati' keputusan yang diambil parti Islam itu ketika menghadapi kemelut berhubung jawatan menteri besar Kedah.

Oleh yang demikian, PKR menuntut PAS menunjukkan sikap yang sama dalam isu jawatan menteri besar Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana