PM hubungi Borodai lagi...dapat persetujuan hantar polis antarabangsa ke kawasan nahas

Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan diplomasi senyap beliau mengenai MH17.Dalam diam beliau telah menghubungi lagi ketua puak pemisah Ukraine Alexander Borodai.

Ahad,beliau telah berjaya mendapat persetujuan dari Borodai untuk membolehkan sekumpulan pasukan polis antarabangsa masuk ke kawasan MH17 terhempas di Timur Ukraine untuk melindungan para penyiasat nahas itu.

Dalam satu kenyataan pejabat Perdana Menteri memberitahu Najib juga telah berhubung dengan Perdana Menteri Belanda dan Australia dan mereka bersetuju untuk berkerjasama bagi penghantaran pasukan polis antarabangsa itu.

Seramai 68 orang anggota polis Malaysia akan berlepas dari Kuala Lumpur ke kawasan MH17 terhempas itu sebagai sebahagian dari pasukan berkenaan.

Perdana Menteri telah menyuaraka kebimbangan penyiasat antarabangsa tidak dapat dihantar dengan sempurna ke kawasan nahas kerana situasi yang bergolak di situ.

Sebelum ini menerusi perbualan beliau menerusi telefon dengan Borodai sendiri,Najib telah berjaya mendapat persetujuan tiga perkara termasuk bawa keluar mayat dan penyerahan kota hitam MH17.

Borodai juga setuju memberi laluan selamat ke kawasan nahas.Namun persetujuan yang ketiga ini belum dapat dilaksanakan setakat ini kerana masalah keselamatan di kawasan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana