PKR Retak Semakin Belah....

Krisis MB Selangor dijangka membawa keretakan lebih besar dalam pakatan pembangkang kerana wujud pelbagai kumpulan yg sanggup memperjudikan masa depan negeri itu demi kepentingan peribadi.
Perbezaan pendapat mengenai kedudukan MB Selangor tidak lagi hanya berlaku pada peringkat dalaman PKR malah kini telah menjalar kepada pertembungan antara Pas dengan PKR.

Sebenarnya pertembungan kepentingan telah lama berlaku dalam pakatan pembangkang, malah setiap parti dalam pakatan mempunyai agenda yg berbeza, episod daripada krisis MB Selangor ini nyata adalah bibit2 kepada kemuncak pertembungan yg lebih besar antara PKR, Pas serta DAP.

Masing2 mempunyai kepentingan tersendiri, tidak kira daripada kumpulan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, kumpulan Khalid Ibrahim dan kumpulan Azmin Ali, malah pendapat antara Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu juga berbeza.

Kalau di peringkat kerajaan negeri pun mereka boleh berbalah, bayangkan apa yg berlaku sekiranya mereka mentadbir di peringkat nasional, mereka bukan sahaja sanggup memperjudikan harapan masyarakat malah memperjudikan nasib negara.

Bukan rahisa lagi kesangsian parti2 pakatan terhadap Wan Azizah sebagai MB Selangor adalah ekoran kebimbangan Presiden PKR itu tidak lebih daripada boneka Anwar untuk mentadbir Selangor.
Persoalannya, apakah pengalaman Wan Azizah sebagai pentadbir? Adakah dia mampu memimpin? Banyak pihak bimbang dia mudah dimanipulasikan kerana bukan mudah untuk menguruskan negeri seperti Selangor.
Sekiranya PKR nekad menggantikan Abdul Khalid dengan pemimpin tidak mempunyai pengalaman dan kewibawaan, mangsa sebenar kemelut itu adalah rakyat Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana