PAS 'tutup mulut'... PKR, DAP sakan dok belasah Dr Zuhdi

Ini kes naya lagi dalam PAS... bagi menjaga kerukunan pakatan pembangkang Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengeluarkan arahan supaya pemimpin parti itu tidak membuat kenyataan di luar mesyuarat mengenai perkara berbangkit berhubung isu kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau menyatakan demikian setelah mengikuti perkembangan beberapa hari lalu berhubung isu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang mendapat reaksi daripada pelbagai peringkat kepimpinan PAS dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

“Sebahagian daripada reaksi tersebut telah melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah dan ini menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap parti,” ujarnya.

Tapi di satu pihak lain, rakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang PKR dan DAP dok 'raya hindu' belasah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki.

Ini berikutan whatapps bocor PAS Pusat dimana Dr Zuhdi membuat analisis senario jika PAS keluar pakatan pembangkang.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli misalnya bertanyakan apakah Presiden PAS akan ambik tindakan disiplin ke atas Dr Zuhdi.

Dalam kenyataan panjang di blog peribadinya, Rafizi bertanyakan "Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi Marzuki ini?"

Manakala Setiausaha DAP Loke Siew Fook mana-mana pemimpin dalam PR yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya.

Loke juga mahu PAS Pusat mengambil tindakan sewajarnya mengembalikan keyakinan penyokong PR di seluruh negara terhadap PAS yang selama ini mengekalkan imej positif.

"Analisis sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS Pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur membelot kepercayaan rakyat,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana