MH17: Kotak Hitam Tunjuk Nahas Akibat Serpihan Roket - Pegawai Ukraine

KIEV (Ukraine): Kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine menunjukkan terdapat serpihan dari letupan roket yang menyebabkan nahas pesawat penumpang itu, kata seorang pegawai keselamatan Ukraine pada Isnin.

Penyiasat antarabangsa "menunjukkan bahawa data perakam penerbangan menunjukkan bahawa sebab bagi kemusnahan dan kemalangan pesawat itu apabila mengalami penyahmampatan letupan yang besar akibat letupan roket," kata jurucakap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko.

Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Rusia yang mengawal lokasi nahas MH17.

Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaharu dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka "sedang menunggu gambarAN lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku."

Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana