Menteri Besar Selangor: PKR Menjadi Mangsa Propaganda Sendiri

Topik perbincangan hangat raya ini pastilah isu pertukaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa PKR akan menggantikan Khalid Ibrahim dengan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bukanlah mengejutkan sangat.

Apabila Wan Azizah diputuskan sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Kajang, maka saat-saat akhir Khalid sebagai Menteri Besar sudah jelas dan nyata. Ia bukan soal tukar atau tidak, tapi lebih kepada soal bila. Bila pertukaran tersebut akan dilakukan.

Bukan sahaja di dalam PKR, malah di dalam Pas dan DAP pun berbelah bagi sama ada hendak bersetuju atau tidak dengan penggantian Menteri Besar ini. Namun jika dilihat prestasi Khalid sejak 2008, ia merupakan prestasi terburuk Menteri Besar Selangor yang memegang jawatan lebih sepenggal.

Anwar Ibrahim sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, memahami masalah sebenar Selangor di bawah Khalid Ibrahim. Sudah banyak kerosakan yang dilakukan Khalid dalam negeri Selangor, namun ia berjaya dilindungi oleh kehebatan jentera propaganda PKR yang cekap dan efektif.

Di bawah pentadbiran Khalid, pembangunan negeri telah terencat dengan jayanya. Dari isu pelaburan asing, pembinaan rumah kos rendah, penyelenggaraan jalan raya sehinggalah ke isu-isu pengurusan anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Salah satu kegagalan utama Khalid ialah menguruskan isu air negeri Selangor. Sejak 2009, Khalid diingatkan bahawa kegagalan membina loji air Langat 2 bagi menyalurkan air mentah dari Pahang boleh mengakibatkan lembah Klang akan berhadapan krisis air pada 2014.

Bagaimanapun Khalid terus enggan memberi kelulusan kepada kerajaan Persekutuan membina Loji Langat 2. Khalid enggan memberi kelulusan membina kerana mahu menggunakan kuasa meluluskan itu sebagai bidak politik peribadi dan parti. Khalid dengan sombong menyatakan tiada krisis bekalan air akan berlaku pada 2014. Katanya, pakar-pakar yang dirujuknya menyatakan paling awal krisis air di Lembah Klang akan berlalu ialah pada 2018.

Ia sudah menjadi sejarah apabila Lembah Klang berhadapan dengan krisis air paling buruk dalam sejarahnya beberapa bulan lalu. Malah sehingga sekarang terdapat banyak kawasan yang mendapat bekalan dengan tekanan air rendah.

Namun ini semua diletakkan kesalahan atas Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Kononnya Syabas mensabotaj kerajaan negeri walaupun faktanya kerajaan negeri mempunyai 30% saham dalam syarikat tersebut dan akses terhadap semua fakta bekalan air.

Jentera propadanda PKR mungkin berjaya meyakinkan penyokong mereka bahawa ini kesalahan Syabas, namun di kalangan peniaga dan usahawan, mereka sudah hilang sabar dengan sikap ego Khalid sehingga menjejaskan perniagaan mereka.

Melalui jentera propaganda PKR juga Khalid dilabelkan sebagai tokoh korporat paling bijak dan terbaik untuk memimpin Selangor. Simpanan Selangor meningkat dari RM 400 juta pada zaman Barisan Nasional kepada hampir RM 2 Bilion sekarang. Ini bukti kononnya Khalid seorang yang jujur dan cekap.

Malangnya, ramai yang tidak tahu bahawa simpanan tersebut sebahagian besar datang daripada wang Peruntukan Jalan Raya dari kerajaan Persekutuan yang tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri. Wang ini sepatutnya digunakan untuk memperbaiki jalan-jalan negeri,

Khalid sebaliknya menyimpan sebahagian besar wang tersebut untuk menunjukkan kehebatan pentadbirannya. Malangnya, pengguna jalan raya terpaksa menanggung akibatnya. Wang ini sepatutnya dikembalikan kepada Persekutuan jika tidak dibelanjakan, namun ia tidak dikembalikan.

Di mana janji-janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan premis dalam pilihan raya 2008? Tiada.

Dengan kawasan pembangunan yang dirancang oleh BN dahulu telah menjadi realiti beberapa tahun selepas Khalid menjadi menteri Besar, jumlah kutipan cukai pintu menjadi lebih besar. Namun apakah perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih baik dari dulu?

Setelah hampir 6 tahun memerintah, kualiti perkhidmatan PBT makin bertambah teruk dan jelek. Jika dulu sampah dikutip secara kerap dan tetap, sekarang di bandar Sunway sendiri, sampah bertaburan, tikus makin membesar dan lori sampah sudah direndah taraf dari Compactor kepada lori biasa.

Di kalangan pemaju dan peniaga Cina sudah bercakap mengenai masalah pengurusan Khalid Ibrahim ini. Khabarnya mereka telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Anwar Ibrahim menyuarakan masalah ini.

Namun mereka tidak mahu bercakap secara terbuka kerana ia umpama meludah ke langit terkena muka sendiri. Maklumlah, pertukaran kerajaan adalah agenda mereka.

Anwar menyedari masalah ini. Anwar tahu majoriti orang Melayu sudah menyampah dengan PKR. Kehilangan sokongan peniaga-peniaga Cina bagi negeri seperti Selangor boleh membawa bencana kepada kedudukan Pakatan di Selangor.

Setakat ini, kumpulan peniaga Cina ini masih bersabar kerana mereka percaya boleh menumbangkan BN di peringkat Persekutuan dalam pilihan raya akan datang.

Namun, Anwar sendiri tidak mahu mengambil risiko menipiskan lagi kesabaran peniaga cina dan pengundi bandar yang atas pagar.

Justeru Anwar tiada pilihan kecuali menggantikan Khalid dengan Wan Azizah. Sekurang-kurangnya, ia memberi Anwar lebih masa dan nafas baru kepada Pakatan.

Sumber..MYkmu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana