Kredibiliti Anwar Semakin 'Meruntuh'

KUALA LUMPUR 29 Julai - Kredibiliti Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan semakin 'meruntuh' berikutan kegagalan ketua pembangkang itu menjayakan beberapa rancangan politiknya di negara ini.

Dalam satu artikel disiarkan portal Malaysia Today yang memetik tulisan Nathaniel Tan, Anwar dikatakan gagal dalam cubaan menggulingkan tiga Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, meskipun Malaysia berdepan krisis demi krisis, Anwar memberi tumpuan untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan berkemungkinan besar beliau juga gagal dalam rancangannya itu.

"Kredibiliti Anwar runtuh dengan cepat seperti kemusnahan integriti beliau," kata penulis itu dalam artikel bertajuk Anwar's Crumbling Credibility yang disiarkan pada 25 Julai lalu.

Artikel berkenaan boleh dibaca dengan melayari http://www.malaysia-today.net/anwars-crumbling-credibility-2/.

Nathaniel seterusnya berkata, pengumuman Anwar bahawa Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid mengingatkan kembali kepada rancangan pengambilalihan kerajaan pada 16 September 2008 yang disifatkan sebagai satu lagi tindakan 'tembak dahulu, bertanya kemudian'.

Katanya, harapan Anwar dalam rancangan itu sama ada boleh membuatkan semua orang percaya bahawa beliau mempunyai jumlah mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan menerusi tindakan lompat parti Ahli Parlimen dengan menyertainya.

"Apabila tiba 16 September, seluruh rakyat Malaysia menyaksikan bahawa Anwar tidak pernah mempunyai jumlah tersebut dan apa yang dilakukan lebih kepada berjudi dengan masa depan negara," katanya.

Nathaniel berkata, sejurus Anwar mengumumkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, sekutunya iaitu Pas negeri itu menafikan bersetuju dengan langkah berkenaan.

Perkembangan itu menurutnya, menjadi satu tamparan kepada setiap gerakan anti-Khalid kerana tidak mencapai apa-apa selain membawa tangisan kepada pakatan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana