Kerjasama PAS, UMNO Selangor Tersebar?

 KUALA LUMPUR 29 Julai - Kemelut Menteri Besar Selangor yang dihadapi Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin selesai sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) ditumbangkan menerusi kerjasama antara PAS serta UMNO di negeri tersebut.

Terbaru, menerusi paparan aplikasi kiriman mesej Whatsapps yang tersebar didakwa milik pemimpin PAS membuktikan kemungkinan berlakunya perbincangan antara ahli PAS dan UMNO yang menjadi ancaman kepada PR terutama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencalonkan isternya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai MB.

Menurut laporan Malaysiakini, perbualan Whatsapp tersebut melibatkan semua pemimpin jawatankuasa PAS pusat yang menyokong Khalid sebagai Menteri Besar dan ingin mengekalkan beliau di jawatan tersebut.

Laporan tersebut turut menjelaskan anggota jawatankuasa PAS Mohd Zuhdi, tidak menafikan kandungan perbualan tersebut wujud.

"Berikutan dengan perbincangan itu, saya mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika PAS keluar PR dari segi kerajaan negeri yang PAS bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain. Cadangan itu dialu-alukan dan mereka meminta saya mengemukakannya.

"Saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu," katanya menerusi laman sosial Facebook beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana