Kah Kah Kah.....China Press lapor Red Been Army serang Kit Siang

Red Bean Army yang dilihat sebagai penyokong setia pembangkang dan sering `menghentam' kerajaan seakan-akan berubah angin kebelakangan ini.

Buat julung kalinya, sasaran mereka bukan pemimpin Barisan Nasional (BN) tetapi ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

China Press melaporkan, keadaan itu berlaku setelah Kit Siang dilaporkan sedia menyediakan khidmat guaman secara percuma kepada Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin yang juga dikenali sebagai Kiki.

Selain menyerang melalui laman Facebook Red Bean Army, askar papan kekunci itu juga dilihat menggunakan satu lagi laman berkaitan untuk `menghentam' Kit Siang.

Kumpulan Red Bean Army yang dipercayai geram dengan tindakan Kiki sebelum ini ternyata tidak berpuas hati dengan Kit Siang yang seakan-akan ingin membantu Kiki.

Sesetengah Red Bean Army juga bertindak ganas dengan menggelar Kit Siang sebagai orang tua yang bingung.

Seorang pengguna Internet yang merupakan antara pengasas laman Red Bean Army pula menulis: "Karpal Singh sudah tiada, jiwa DAP pun sudah tiada".

Dalam pada itu, Kit Siang berkata, walaupun Kiki wajar didenda namun hukuman RM5,000 yang dikenakan ke atasnya adalah terlalu tinggi.

Tambahnya, DAP bersedia menawarkan perkhidmatan peguam sekiranya Kiki bercadang mengemukakan rayuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana