Apa Tujuan Nak Ditubuhkan.....Negara-Ku Pertubuhan Yang Tidak Boleh Didaftarkan

KUALA LUMPUR 27 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberitahu tiada sebarang permohonan daripada Gerakan Rakyat Menebus Kembali Negara Malaysia (Negara-Ku) bagi tujuan permohonan pendaftaran pertubuhan.

Justeru, Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Negara-Ku adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.  

"Oleh yang demikian, JPPM menegaskan bahawa ia adalah sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KDN semalam.

Negara-Ku dilancarkan baru-baru ini lalu diketuai aktivis Zaid Kamaruddin sebagai usaha memulihkan Malaysia‎ dan memberi harapan susulan daripada beberapa insiden mengugat keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan Datuk A. Samad Said dilantik sebagai penaung manakala Zaid merupakan naib presiden pertubuhan Islam, Ikram.

Terdapat 68 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Negara-Ku yang mensasarkan ‎menggerakkan kembali dan memperkasakan pengetahuan rakyat mengenai asas Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia dan Rukunegara.

Ahmad Zahid juga menegaskan bahawa mana-mana pertubuhan yang ingin menjalankan kegiatan mengikut undang-undang perlu didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Malah bukan itu sahaja, ujar beliau penggunaan nama Negara-Ku adalah tidak bersesuaian kerana ia adalah hak milik negara Malaysia dan bimbang akan mengundang kekeliruan.

"Ini kerana Negara-Ku merujuk kepada lagu Negaraku yang telah diiktiraf sebagai lagu kebangsaan di bawah seksyen 2 Akta Lagu Kebangsaan 1968.

"Ia boleh mengelirukan orang awam dan oleh itu selaras Seksyen 7 (3) (d) (i) dan (iii) Akta Pertubuhan 1966 ianya tidak wajar didaftarkan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana