Apa Motif AMIBIGA... Ketuai Pertubuhan Haram Yang Baru - "Negara-ku"

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Gerakan Rakyat Menebus Kembali Negara Malaysia (Negara-Ku) yang dipimpin oleh aktivis pembangkang, Datuk S. Ambiga merupakan sebuah pertubuhan yang tidak sah.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Pendaftaran (ROS) tidak menerima sebarang permohonan untuk mendaftarkan Negara-Ku maka organisasi itu sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

“Rekod yang disemak oleh ROS mendapati tiada sebarang permohonan daripada Negara-Ku bagi tujuan permohonan pendaftaran pertubuhan. Oleh demikian Negara-Ku adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun turut memaklumkan jika permohonan pendaftaran tersebut dibuat kepada ROS, penggunaan nama Negara-Ku tidak bersesuaian kerana ia hak milik negara.

Jelasnya, Negara-Ku merujuk kepada lagu Negaraku yang telah diiktiraf sebagai lagu kebangsaan di bawah seksyen 2 Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Justeru, katanya, ia boleh mengelirukan orang awam dan oleh itu selaras Seksyen 7 (3) (d) (i) dan (iii) Akta Pertubuhan 1966 ia tidak wajar didaftarkan.

Tegas beliau, setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di dalam negara perlu berdaftar dengan ROS seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

“Pihak kerajaan ingin menegaskan bahawa pertubuhan yang menjalankan aktiviti tanpa berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

“Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 41(1) (b),” tegas beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana