Tewas di Kuala Selangor...Khalid ibarat layang-layang putus tali

Kalangan dalam PKR di Selangor yang nak pancung Tan Sri Khalid Ibrahim nampaknya sudah boleh kenduri sakan.

Pada ketika kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor dikatakan cukup goyang,Khalid berdepan dengan satu malapetaka politik.

Semua orang tahu dalam mana-mana organisasi politik jawatan ketua bahagian atau dalam PKR disebut ketua cabang adalah sangat penting.

Ia menjadi asas kekuatan politik bagi mana-mana pegang jawatan apa lagi sebagai Menteri Besar dalam negeri.

Khabar terbaru yang berlegar ialah Khalid gagal pertahan jawatan sebagai ketua bahagian PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti itu.

Beliau tewas ditangan bekas Ahli Parlimen PKR Kapar ,S Manickavasagam.

Khalid cuma mendapat 515 undi manakala Manickavasagam 701.

Manickavasagam baru-baru ini digantung sejenak gara-gara membuat dakwaan Khalid main duit dalam pemilihan itu.Bagaimanapun pengantungan itu telah ditarik balik.

Manickavasagam yang tewas dalam pilihanraya umum ke 13 di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati ditangan calon BN ialah Ahli Parlimen Kapar dari 2008 hingga 2013.

Beliau diketahui umum ada perang dingin dengan Khalid.

Apa yang dikatakan agak pelik dalam pemilihan di bahagian Kuala Selangor ialah sekalipun tewas jawatan ketua bahagian namun bagi jawatan Timbalan Presiden PKR undi Khalid di situ mengatasi Azmi Ali dan Datuk Saifuddin Nasution.

Khalid mendapat 517 undi sementara Azmin 440 dan Saifuddin 50.

Apapun secara keseluruhan di seluruh negara Azmin masih lagi leading untuk jawatan berkenaan.

Kebelakangan usaha untuk tukar Khalid sebagai Menteri Besar kedengaran semakin memuncak.

Usaha itu bukan saja melibatkan PKR tetapi sudah berjangkit pada PAS dan DAP.

Kini tanpa jawatan ketua bahagian Kuala Selangor, Khalid ibrarat layang-layang yang putus tali.

Senang cakap beliau boleh ditiup begitu saja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana