Terengganu naikkan kadar bantuan dana raya....Alhamdulilah

KUALA TERENGGANU - Jumlah bantuan bagi program Dana Raya dan Bakti Remaja di negeri ini dinaikkan bagi membantu golongan yangtidak berkemampuan menyambut Aidilfitri dalam suasana ceria, kata Menteri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
     
Beliau berkata untuk tujuan itu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan lebih RM56 juta tahun ini, meningkat RM12 juta, berbanding tahun lalu, yang akan mula diagihkan secara berperingkat pada minggu pertama Ramadan kepada lebih 70,000 penerima mengikut kategori.
       
"Mulai tahun ini, bagi kategori A yang merangkumi orang berkeluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal, bapa tunggal yang mempunyai tanggungan akan menerima RM400 berbanding RM300 sebelum ini.
       
"Untuk kategori B pula yang mensasarkan golongan warga emas 65 tahun ke atas serta penerima yang belum berkahwin berusia 40 tahun ke atas, kadar dana dinaikkan kepada RM300 berbanding RM200 sebelum ini manakala Orang Kurang Upaya (OKU) serta ibu tunggal yang tidak mempunyai tanggungan kekal RM300," katanya.
       
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah projek pembinaan semula di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kampung Alur Kuda di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Md Salleh Sarbini.
       
Dua kategori A dan B itu membabitkan peruntukan RM37 juta manakala bagi program Dana Bakti Remaja pula sebanyak RM19 Juta akan diagihkan.
       
Ahmad Razif berkata bagi Dana Bakti Remaja, penerima akan diberi bantuan RM200 di mana golongan sasarnya berusia 21 hingga 40 tahun.
       
Jelasnya pendaftaran bantuan pada tahun ini akan dipermudahkan di mana pihaknya akan mengemas kini senarai permohonan sebelum ini dan bagi permohonan baharu pula, ia boleh dibuat menerusi online serta perlu mendapatkan pengesahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana