Penipuan Dalam Pemilihan : Ahli PKR Saman JPP

MalaysiaGazette - Belum pun reda kekecohan pemilihan ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kota Raja, hari ini anggota cabang PKR Ampang bercadang memfail saman ke atas Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) atas tuduhan menipu.

Anggota cabang Ampang mendakwa penipuan undi berlaku ketika proses pengundian melibatkan calon penyandang, Zuraidah Kamaruddin.

“Ada yang tak kena dengan keputusan undi dan kami yakin terdapat penipuan. Kami tak mahu cakap banyak, sebaliknya biar mahkamah yang tentukan.

“Kalau kita bertegang leher, masalah ini akan menjadi lebih parah dan memalukan parti,” kata seorang ahli cabang, Ali Hassan.

Katanya, saman akan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan sekumpulan anggota cabang akan berada di mahkamah pada pukul 3 petang semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana