Masalah bekalan air: Tony Pua mengamuk...kata 'bikin malu' Pakatan Rakyat..Kah..Kah

Ini yang orang kata...sendiri mau ingat.Bila sudah jadi kerajaan baru ada akai jangan nak senang-senang main 'tembak' ikut suka hati saja.Selalunya apa saja kerajaan BN semua diperlekeh,itu dan ini ada saja yang tidak betul.

Sekarang kena batang hidung sendiri.

Dalam hal ini memang kes berat.Jadi apa nak hairan kalau orang kuat DAP,Tony Pua mengamuk habis...keluar kenyataan pagi Jumaat kata jatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat saja.

Ingat lagi..pada 17 Jun baru ini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dengan penuh konfiden kata gerenti masalah gangguan air tidak akan berlaku lagi.Semua sudah steady...air lombong pun ada...jangan bimbang.

Namun tengok apa jadi...beberapa hari kebelakangan ini penduduk di Lembah Kelang sudah berdepan dengan masalah air balik.

Maka Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara libas sakan dakwa jaminan yang diberi itu dan apa yang berlaku sekarang mencerminkan kurang cekap pihak berkuasa berkenaan.

Katanya ia bukan saja merosakan kewibawaan Pakatan Rakyat tetapi juga memalukan Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri.

Tony Pua ungkit balik kenyataan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada 11 Jun dan Exco Ahmad Yunus Hairi pada 17 Jun yang jamin Selangor ada cukup air untuk empat lima bulan lagi.Ahmad Yunus juga jamin sekalipun cuaca panas catuan air tidak akan berlaku lagi di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kata Tony Pua kebelakangan ini beberapa tempat di Selangor seperti di Balakong dan Bangi hadapi masalah bekalan air yang teruk.Beliau menegaskan tiada alasan dapat diberi kerana semua orang sudah tahu pasal putaran cuaca.

Menurutnya rakyat Selangor berhak untuk merasa marah dan bimbang dengan kemungkinan catuan air akan berulang.Tony Pua kata catuan selama dua bulan mulai hujung Februari lalu ' boleh dimaafkan' kerana ia berlaku secara tidak diduga tetapi kali ini tidak ada alasan boleh diberi kerana sudah dijangka.

Isu orang DAP lepas geram pasal masalah air ini bukanlah pertama kali.Tidak lama dulu Ahli Parlimen Jelutong,Jeff Ooi yang geram pasal hal ini malah desak Menteri Besar letak jawatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana