Khalid Samad Tolak Dakwaan Burukkan Hadi Awang...Tak Boleh Pakai Orang Ini

SHAH ALAM 28 Jun - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menolak dakwaan pihak tertentu yang mendakwa dirinya bekerjasama dengan portal Pro Pembangkang untuk memburukkan imej Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Khalid berkata, pihak yang terlibat di dalam dakwaan terhadap dirinya itu perlu tampil memberikan fakta untuk membuktikan dakwaan mereka secara telus.

“Ini adalah tuduhan tak berasas. Saya mahu mereka yang buat dakwaan ini tampil dan bagi bukti.

“Kalau betul saya berbuat begitu, buatlah aduan dan kemukakan bukti itu pada peringkat tertinggi Pas,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Beliau menjelaskan, perkara tersebut adalah mustahil memandangkan hubungannya dengan semua kepimpinan Pas termasuk Abdul adalah sangat baik.

Katanya, pihak yang melontarkan dakwaan tersebut disifatkan tidak sedar tentang hubungan yang erat di kalangan pemimpin-pemimpin Pas walaupun mempunyai perbezaan pendapat.

“Kami dah lama bersama terutamanya dalam mengerakkan parti dan saya baru lepas melawatnya (Abdul Hadi),” katanya sambil menyifatkan individu yang membuat dakwaan itu berniat melaga-lagakan pemimpin golongan ulama dan profesional.

“Pemimpin baru balik dari Mesir tidak tahu sejarah sebab itu pelbagai andaian yang mereka buat. Kami dalam pemimpin pas sebenarnya bersatu meskipun ada pandangan berbeza.

“Percanggahan idea atau pendapat  di kalangan pemimpin itu perkara biasa tetapi bukan untuk menjatuhkan satu sama lain,” ujarnya.

Pada 23 Jun lalu, pemuda Pas  Selangor mendedahkan terdapat usaha sistematik didalangi beberapa pemimpin parti bekerjasama dengan portal pro pembangkang untuk memburukkan Abdul Hadi.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim dalam kenyataan medianya 21 Jun berkata, beliau tidak hairan portal tersebut meletakkan sasaran terhadap Abdul Hadi sebagai faktor kegagalan pihak tertentu yang mahu menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana