Kalah pemilihan PKR: Khalid bertegas kekal MB, ADUN dan Ahli Parlimen

Nampaknya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah mengaku kalah pemilihan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Beliau bersaing dengan penyandang Azmin Ali sertau Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.

Pun begitu bagi bekas ahli korporat yang terjun jadi ahli politik itu, beliau tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor sungguhpun kalah pemilihan parti.

Malah Khalid menyifatkan tidak ada sebarang ketetapan sedemikian yang dibuat oleh parti sehingga mendesak seseorang melepaskan jawatannya.

"Tak pernah ada klausa begitu, kalau kalah pemilihan kena letak jawatan sebagai MB. Itu bukan syaratnya. Tidak ada hal seperti itu.

"Jika anda memegang jawatan yang sudah dilantik  maka kita kena teruskan tanggungjawab itu sehingga pilihan raya akan datang.

"Dan itu bukan pengakhirannya. Saya akan teruskan tanggungjawab ini sehingga tamat tugas saya sebagai seorang MB, ADUN dan Ahli Parlimen," katanya kepada pemberita yang ditemui di Majlis Penyampaian Sumbangan sempena Ramadhan 1435H di Pulau Indah Sabtu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana