Guna kalimah Allah dalam gereja bermuslihat agenda kristianisasi

SHAH ALAM: Kedegilan pihak gereja yang tetap bertegas mahu menggunakan kalimah Allah dalam gereja dilihat mempunyai 'muslihat' atau agenda kristianisasi, kata Pengerusi Ulama Muda Umno (Ilmu), Dr Fadlan Mohd Othman.

Menurut beliau, dari segi perbahasan ilmiah, kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama Kristian atau agama lain selain Islam, seperti dalam perbualan.

Namun, katanya, berdasarkan perbahasan keadaan semasa, penggunaan kalimah Allah seperti yang diingini oleh penganut Kristian iaitu untuk upacara keagamaan di gereja, dilihat tidak sesuai dan lebih cenderung kepada agenda kristianisasi.

"Tapi selepas itu, kita pergi ke sudut yang kedua, iaitu fiqh al waqi'

"Maksud Fiqh al Waqi ini ialah situasi semasa. Kalau situasi semasa di Selangor kita dapati menggunakan kalimah Allah yang biasa guna ialah orang Islam..

"Jadi bila digunakan orang yang bukan Islam, kita dapati di situ ada sedikit seperti masalah yang berbentuk muslihat. Sebab Kristian ada gerakan kristianisasi. Antara caranya, beginilah (guna kalimah Allah di gereja)," katanya kepada Antarapos.

Baru-baru ini, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam akhbar terbitan mingguan The Herald.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh anggota, mencapai keputusan majoriti 4-3 itu, yang difahamkan ini kali pertama panel sebesar itu mendengar sesuatu permohonan rayuan.

Bagaimanapun, penganut Kristian khususnya di Selangor tetap bertegas mahu menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan mereka di gereja, walaupun Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 negeri ini telah memaktubkan ianya adalah dilarang.  

Presiden Majlis Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, Jagir Singh dalam satu portal sebelum ini pernah membidas enakmen tersebut dengan mengatakan penggunaan kalimah Allah di gereja hanya di kalangan penganut Kristian saja, dan bukan untuk sebaran kepada penganut Islam.

Mengulas mengenai perkara itu, Fadlan yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Al Quran dan Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, itu hanyalah alasan pihak berkenaan yang mahu menjustifikasikan perbuatan mereka.

Oleh itu katanya, pihak berkuasa agama negeri perlu mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan implikasi yang lebih buruk terhadap akidah umat Islam.

"Dalam beberapa kes sebelum ini di beberapa gereja di Selangor dan Kuala Lumpur, ada program yang dibuat dalam gereja, ada penganut Islam yang berada di dalam.

"Ini satu benda atau ancaman kepada orang Islam.

"Amat penting supaya rakyat Malaysia mentaati, tak kira agama mana sekalipun, bila ada pemimpin, kita ikut apa garis panduan yang diletakkan pemimpin. Kalau ada bantahan, elok guna saluran yang dibenarkan," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu menyeru agar pihak berkuasa negeri, kerajaan dan NGO Islam agar bekerjasama memperbanyakkan wacana perbincangan bagi memberi kefahaman kepada orang Islam dan orang bukan Islam, khususnya berkaitan enakmen dan undang-undang yang berkaitan, demi mengelakkan salah faham dalam tuntutan beragama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana