Exco tiada masa bincang lucut jawatan MB - Khalid

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan melayan desakan daripada mana-mana pihak yang mahu menggugurkan beliau sebagai menteri besar Selangor.

"Tak ada, tak payah... Saya MB dan exco negeri. Kita di dalam exco tidak ambil masa untuk bincangkan hal itu," katanya di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin semalam bahawa PKR sudah bersedia untuk menggugurkan Khalid sebagai menteri besar.

Melalui kenyataan media semalam, Shamsul mendakwa keputusan menyingkirkan Khalid turut mendapat sokongan majoriti pimpinan PAS Selangor.

Umum kini mengetahui Khalid berdepan dengan 'ancaman' PKR untuk menggantikan jawatannya menerusi satu gerakan yang dikenali sebagai 'Langkah Kajang' sehingga menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang diadakan bagi membolehkan tujuan tersebut direalisasikan.

Namun, ia tidak kesampaian apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya menjadi calon PRK tersebut untuk membolehkannya menjadi pengganti Khalid, dikira ‘hilang kelayakan’ setelah dijatuhi hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, beberapa tahun sebelumnya.

Minggu lalu, pemimpin PAS dan DAP‎ Selangor secara terbuka menyatakan penolakan mereka terhadap Khalid kerana bimbang Selangor akan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) jika Khalid terus menerajui kepimpinan negeri itu.

Tekanan ke atas Khalid semakin bertambah apabila Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman turut menggesa beliau mengundur diri atas sikap gemar membuat keputusan bersendirian dan sering membelakangkan parti.

Di dalam sidang media yang sama, Khalid juga enggan mengulas mengenai kekecohan pemilihan PKR di beberapa cabang di Selangor pada minggu lalu.

Sementara itu, mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap kesemua kitab bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Januari lalu, Khalid berkata kerajaan negeri sedang menunggu laporan selanjutnya daripada pihak Peguam Negara.

Bagaimanapun beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi bahawa kesemua kitab itu akan dilupuskan.

"Ia di dalam proses pelaksanaan, kita sedang menunggu laporan dari pihak Peguam Negara dan kerajaan negeri akan melaksanakan tindakan secepat mungkin.

"Saya dapat laporan baru saya akan beritahu apa yang akan dilakukan (tindakan).

"(Dilupuskan) Tidak ada, jangan buat spekulasi," katanya kepada pemberita.

JAIS semalam dilaporkan enggan mendedahkan kedudukan simpanan Bible, namun menjelaskan kebiasaannya sesuatu barang kes berada di bawah jagaan mahkamah sejurus selepas rampasan atau serbuan dibuat.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum ini mengarahkan kes rampasan bible itu ditutup dan memutuskan JAIS membuat tindakan yang salah dalam hal itu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Abdul Adzib Mohd Isa kemudiannya mempertahankan tindakan agensi agama negeri itu berasaskan Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana mengandungi kalimah “Allah”.

Atas kekeliruan ini Khalid seterusnya merujuk kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan baginda menasihatkan agar kes itu dirujuk kembali kepada Gani mengikut undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana