Dua Pemandu Parah Dihempap Bahan Binaan MRT

SUBANG 26 Jun - Dua tercedera manakala dua lagi selamat apabila empat kereta ditimpa bahan binaan LRT yang jatuh ke jalan raya di tapak pembinaan MRT, Jalan Subang Airport di sini hari ini.

Kejadian berhampiran bangunan CGC, Kelana Jaya, di sini itu berlaku kira-kira pukul 9.06 pagi tadi.

Kemalangan berlaku apabila bahan binaan projek MRT terjatuh ke jalan raya dalam ketinggian 20 kaki sebelum menghempap keempat-empat buah kereta terlibat.
Mangsa yang dilaporkan cedera parah telah dibawa ke hospital berhampiran.

Satu laporan polis turut dikemukakan di Balai Seksyen 7, Kota Anggerik berhubung kejadian tersebut.

Mangsa terlibat boleh mengemukakan pampasan dari pihak MRT Corp jika terbukti insiden ini berpunca dari kecuaian pekerja projek berkenaan.



Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana