DAP 'cuci tangan'... terus belasah Khalid punca semua masalah di Selangor

DAP telah mula menunjukkan taringnya di Selangor apabila berterusan membuat kritikan terbuka kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sekali tengok macam DAP lupa mereka juga sebahagian daripada kerajaan PR di Selangor sejak dua penggal lepas dan kini setelah dilanda berbagai masalah kerana ketidakcekapan, mereka mula 'cuci tangan' dan salahkan hanya seorang individu iaitu Abdul Khalid.

Tanpa mengambil kira mereka adalah sebahagian dari kerajaan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua terus membidas Abdul Khalid secara terbuka berikutan gangguan bekalan air yang melanda beberapa kawasan di negeri itu baru-baru ini.

Cara Tony Pua itu menyebabkan ada bisik-bisik dikalangan wartawan, Tony  sebenarnya hendak mempercepatkan 'pertukaran Abdul Khalid' dari tumpuk kuasa di Selangor.

"Beliau cuba memberikan justifikasi kepada pengundi PR di Selangor terutamanya kaum Cina, kenapa Abdul Khalid perlu ditukar," ujar seorang wartawan veteran.

Dalam satu kenyataan media pada Ahad, Tony Pua yang juga merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menyelar Abdul Khalid kerana cuma menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) berhubung masalah tersebut dengan memberi alasan tidak mempunyai kawalan ke atas syarikat konsesi air itu.

“Bagaimanapun perkara yang lebih penting bukankah kerajaan Selangor sepatutnya mempunyai Plan B untuk membantu mereka yang terjejas. Apa yang kerajaan Selangor boleh lakukan untuk membantu mereka?.

“Kerajaan negeri pakatan yang bertanggungjawab dan mengambil berat sepatutnya berbuat lebih daripada itu (daripada sekadar menyalahkan SYABAS) walaupun SYABAS sememangnya pihak yang patut dipersalahkan,” dakwanya melalui satu kenyataan media Ahad.

Tony bagaimanapun memuji jaminan Khalid untuk turun padang bagi memberi penerangan kepada orang ramai dan mencari jalan mengenai kemelut tersebut.

Katanya, kerajaan pakatan pembangkang Selangor tidak sepatutnya cuma menunggu sehingga mendapat kawalan ke atas SSYABAS dalam berhadapan isu itu.

“Rakyat mahu melihat pemimpin pakatan yang pro-aktif, yang akan keluar ke jalan untuk berkongsi beban rakyat dan meringankan bebanan mereka,” katanya.

Sementara itu, bekas Exco kanan DAP Selangor Ronnie Liu turut 'memalu gendang perang' terhadap Khalid apabila mengatakan menteri besar itu punca krisis air di Selangor berlarutan.

Menurut Ronnie Khalid sehingga kini tidak pernah menggunakan kapasiti beliau sebagai seorang menteri besar untuk 'buka jalan' kepada kerjasama kerajaan negeri dan syarikat konsesi air itu.

"Jika MB mahu melawat SYABAS, adakah pihak tersebut boleh menolak? Begitu juga jika MB mahu melawat empangan atau tempat penapisan air, adakah pihak-pihak itu akan menolak? Khalid tidak berusaha, tidak buat. Jangan cakap beliau tidak boleh sedangkan beliau belum cuba,"katanya.

Gangguan air merupakan isu kedua selepas pembinaan lebuhraya Kidex yang membuatkan DAP mengkritikan pentadbiran Khalid secara terbuka.

April lalu, Ahli Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi secara terbuka mengkritik Khalid berkenaan krisis air di dalam laman sosial facebook beliau.

Orang kuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng itu menggunakan bahasa tidak sopan dengan meminta agar Khalid dipecat menggunakan ayat 'sack that bugger'.

DAP mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor berkongsi jumlah yang sama dengan PAS, manakala PKR hanya 14 kerusi, namun Abdul Khalid kekal menjadi MB selepas PRU13 lalu kerana sokongan daripada DAP dan PAS yang diperolehinya.

PKR Selangor selepas PRU13 lalu menolak Abdul Khalid sebagai MB kerana mahukan bos mereka Azmin Ali, namun cadangan itu dilupakan selepas Azmin gagal untuk menyakinkan komponen PR, PAS dan DAP bagi menggantikan Abdul Khalid.

Namun kini, selepas kegagalan 'Kajang Move' iaitu langkah PKR menyingkirkan Abdul Khalid melalui PRK gagal Mac lalu, DAP mula menekan MB Selangor itu melalui isu yang menarik perhatian ramai seperti gangguan air dan pembinaan lebuhraya Kidex

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana