Air: Rakyat kecewa Kerajaan Selangor mungkir janji

SHAH ALAM: Rakyat Selangor kecewa dengan kegagalan Kerajaan Selangor menunaikan janji memastikan masalah air tidak berulang berikutan kejadian penduduk Lembah Klang terputus bekalan air sejak Selasa lalu.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, walaupun kerajaan negeri kerap mengulangi janji bahawa catuan air tidak akan diadakan semula namun masalah air tetap berlaku.

Sepatutnya, katanya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) itu mengambil iktibar daripada langkah catuan awal bekalan air mulai Mac hingga Mei lalu bagi memastikan masalah tidak berulang.
Post Pic
"Selesaikanlah masalah rakyat ini jangan biarkan rakyat jadi macam ini kalau janji kita tidak ditepati, rakyat pun tidak ada keyakinan nanti," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Sejak Selasa lalu, sebanyak 758,976 rumah kediaman di lima kawasan sekitar Lembah Klang mengalami masalah tekanan air rendah dan terputus bekalan berikutan penurunan paras air di Empangan Sungai Selangor dan masalah gangguan bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sering mengulangi kenyataan bahawa masalah bekalan air dan catuan air tidak akan berulang di negeri tersebut kerana persediaan menghadapi musim kemarau telah dijalankan.

Nadzim menegaskan kerajaan negeri itu perlu mengambil langkah segera mengatasi masalah bekalan air yang berpanjangan itu agar rakyat tidak terus menjadi mangsa.

"Kita harap kerajaan negeri dapat tentukan perkara ini, dapat selesaikan untuk jangka masa panjang.

"Nasib rakyat jangan diperjudikan, kita tidak mahu lagi dengar kalau boleh masalah seperti ini kita sudah takut," jelasnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George berkata, jika masalah  air kembali lagi maka terbukti kerajaan negeri itu tidak menjadikan pengalaman lepas sebagai tauladan untuk menangani masalah yang sama seperti kali ini.

"Ini juga menunjukkan kelonggaran sistem Standard Operating Prosedure (SOP) bukan sahaja kerajaan Selangor tetapi juga kerajaan pusat daripada agensi yang dipertanggungjawabkan iaitu SPAN.

"Kenapa SPAN sebagai agensi yang telah dilantik menjaga isu air ini belum keluarkan SOP atau kenyataan atau turun padang untuk atasi masalah atau memberi jawapan bagaimana isu-isu yang seperti sekarang untuk dihadapi," jelasnya.

Untuk rekod, penduduk Lembah Klang dan Selangor pada Mac hingga Mei lalu terpaksa menghadapi catuan bekalan air akibat kekurangan bekalan air ekoran kekeringan air di Empangan Sungai Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana