Ahli PAS jihad di Syria telah dipecat - Mustafa Ali


SHAH ALAM Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu PAS telah memecat Lotfi Ariffin daripada parti itu pada 11 Mei lalu selepas mendapat maklumat beliau ke Syria untuk berjihad.

"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.

"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," katanya yang dipetik daripada The Malaysian Insider.

Hari ini sebuah akhbar melaporkan Ahli Dewan Ulama dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Lotfi Ariffin telah dikenalpasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang pergi ke Syria dan menyertai gerakan jihad di sana.

Lotfi secara terbuka memuat naik gambar dan video klip tentang dirinya di media sosial dan penglibatan beliau itu turut didedahkan oleh penyokongnya.

Malah terdapat juga dakwaan mengenai seorang lagi rakyat Malaysia yang dipercayai telah direkrut oleh gerakan Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, sebuah kumpulan jihad yang beroperasi di Syria dan Lubnan.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan kumpulan jihad ialah pemain drum kumpulan pop yang popular pada era 90-an, Ali Ukays.

Beliau dikatakan berjaya mempengaruhi Lotfi untuk menyertai kumpulan berkenaan dan telah pergi ke Syria, di mana kedua-duanya dilihat memegang senjata dan memakai pakaian seragam sebagai pejuang jihad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana