TIPU RAKYAT..!!! Anwar Ibrahim Tuduh Gangster Pula Bila Gagal Salahkan UMNO.

Disebabkan gagal mencari jalan untuk menyalahkan UMNO berhubung kekecohan ketika proses pemilihan dan pengundian PKR sehinggakan berbelas-belas Cabang PKR di seluruh negara terpaksa digantung, keputusan pemilihan terpaksa dibatalkan dan JPP dipersalahkan kerana terlalu bias kepada Azmin Ali, akhirnya Anwar Ibrahim yang mengambil masa lebih dua minggu untuk memberikan sebarang ulasan berhubung ini, memberikan jawapannya YANG SANGAT BERNAS.

Menurut Anwar, proses pilihanraya PKR itu sebenarnya berlangsung secara aman dan harmoni. Bagaimanapun kekecohan tersebut telah dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan gangster yang telah diupah oleh pihak-pihak tertentu bagi menggambarkan huru-hara serta kekecohan dalam PKR. Walaupun PKR telah berusaha untuk mengawal keadaan tersebut, namun akhirnya JPP terpaksa membuat keputusan untuk menggantung proses pengundian dan keputusan 27 Cabang PKR di seluruh negara.

Menurut Anwar Ibrahim lagi, kumpulan samseng ini telah dibawa masuk ke dalam parti secara sengaja dengan motif menimbulkan kacau bilau. Bukti kepada konspirasi tersebut, kata Anwar, wujud dalam video dan gambar yang akan didedahkan tidak lama lagi.

Dakwa Anwar Ibrahim, dalam semua kejadian tersebut, yang terlibat bukanlah ahli-ahli PKR. Di sesetengah Cabang pula terdapat elemen-elemen gangsterisme. Sebahagian ahli-ahli baru dibawa masuk dalam awal tahun ini untuk memastikan tidak melebihi 15 Mac yang ditetapkan oleh jawatankuasa pilihanraya PKR.

Memang sedap benar Anwar Ibrahim menuduh dan membuat dakwaan bagi mengelakkan dipersalahkan atau memperlekehkan pengurusan partinya yang memang caca marba. Namun Anwar Ibrahim tidak pernah dapat menjelaskan bagaimana pula wujudnya pembabitan golongan pembuat kacau dalam isu pemalsuan undi dan pecah peti undi serta beberapa isu yang lain.

Anehnya, di sebalik kecaman masyarakat yang menyebabkan PKR terpaksa mengadakan pemilihan semula di 27 Cabang, Anwar Ibrahim dengan megahnya berkata, proses pilihanrayanya 'BERJAYA'.

Ps : Cepat betul Penipu ni melatah dan meletakkan kesalahan pada orang lain. Patutnya kena tanya diri sendiri. Siapa yang melatih ahli dan penyokong jadi gangster. Memang tepat slogan yang di gunakan "lawan tetap lawan".

Dari Sumber...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana