Pemimpin Barisan Nasional Cium Tangan Dikatakan Bodek...menyumpah seranah, memaki dan memperli...Kalau Yang Ini Plak?

Jika mendengar cerita juak2 Pas, pemimpin2 mereka semua hidup dalam penuh kezuhudan. Tinggal di rumah kampung biasa, pakaian hanya jubah ,kain pelikat dan baju panas pagoda, makan di gerai tepi jalan dan kereta pun buruk2 ja. Manakala pemimpin2 Umno pula hidup dengan penuh kemewahan hasil menipu duit rakyat, menaikkan harga barang dan rasuah. Itulah kata mereka selama ini.

Selama ini saya ingatkan Tuan Presiden PAS hanya pakai kereta DATSUN 120Y sahaja. Kata orang Perak, RUPE-RUPENYA pakai MERCEDES yob oiiiiii. Biarlah gambar di bawah ini berbicara. Kome semua kena tipu YOB oiii, YONG oiiii.

GST 6 % yang diluluskan mengikut peraturan dalam Parlimen, kutipannya telus, hasil kutipan berapa dan perbelanjaannya apa, semuanya dibentang dalam belanjawan setiap tahun. Itu mereka kata menzalimi rakyat, menindas rakyat dan menipu duit rakyat. Duit derma tin milo dan karung hijau di tempat2 ceramah apa cerita ? Ayat Quran dibaca, alunan selawat didendangkan setiap kali derma dilancarkan bagi membangkitkan sentimen pendengar ceramah dan mudah untuk mereka mengaut duit dalam poket sumbat ke dalam tin milo dan karung hijau. Sampai ke hari ini pernahkan satu laporan dibentangkan ? Berapa hasil, berapa belanja dan dibelanjakan untuk apa ? Macai menebalkan muka pergi menadah tin milo dan karung hijau depan muka orang ramai, pemimpin pula sedap menyandar dalam kereta mewah. Siapa yang kena tipu ni ? Rakyat atau macai2 PAS ?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana