Chegubard tempelak Lembaga Disiplin PKR, penggantungan tidak ikut prosedur

SHAH ALAM: Pengerusi Solidariti‎ Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin menempelak Lembaga Disiplin PKR berhubung proses penggantungan keahliannya yang didakwa tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, Lembaga Disiplin sepatutnya memberitahu berita penggantungan tersebut kepada dirinya terlebih dahulu, dan bukan terus melalui media.

"Saya tak dapat apa-apa makluman pun daripada parti.

"Saya tahu melalui media. Pengerusi Lembaga Disiplin bercakap dengan media, bukan dengan saya," katanya kepada Antarapos.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan penggantungan serta merta keahlian Chegubard‎.

"Saudara Badrul Hisham akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keahlian sehingga siasatan selesai," kata Tan.

Tan juga berkata kesalahan yang dilaporkan terhadap Chegubard kerana membuat kenyataan kepada media dengan menyatakan proses pemilihan PKR kotor dan tidak telus.

Menurut Tan, selain itu Chegubard daripada PKR cabang Rembau itu dikenal pasti membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan 'Petugas JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) menjadi agen kepada Azmin Ali'.

Kata Tan, kenyataan Chegubard itu dilakukan pada 12 Mei dan disiarkan dalam portal berita mysuara.net dan portal Free Malaysia Today.

"Responden  juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk 'Keputusan penuh penipuan: Chegubard'," kata Tan.

Chegubard turut menempelak tindakan Lembaga Disiplin kerana 'terus' menggunakan media, sedangkan dalam kes beliau dan kes-kes sebelum ini, lembaga tersebut menggantung ahli yang menggunakan media untuk menyuarakan dan mendedahkan sebarang bentuk kepincangan yang berlaku dalam proses pemilihan parti.

"Kerana itu saya pelik sebab saya bercakap dengan media (berhubung kepincangan proses pemilihan) kena pecat tapi...  

"Pengerusi boleh pula cakap dengan media tanpa mengikut saluran yang betul. Patutnya dia hantar surat kepada saya dulu," ujarnya lagi.

Sementara itu, Chegubard enggan mengulas lanjut berhubung sebab penggantungan keahliannya sehingga makluman rasmi diterima daripada parti.

Beliau yang ditanya kemungkinan sikap lantangnya mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menjadi faktor penggantungan tersebut walau bagaimanapun tetap mempertahankan tindakannya sebelum ini.  

"Saya tidak pasti.. Tapi saya bercakap berdasarkan hujah. Namun semua aduan saya tidak ada maklum balas pun," katanya sambil menambah penggantungan tersebut adalah yang pertama sepanjang empat tahun beliau membuat aduan berhubung pemilihan parti.

"Tapi saya percaya dan yakin ruang keadilan dalam parti ini banyak lagi," katanya.

Sehingga kini, 22 ahli termasuk Chegubard dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung dan dipecat keahlian atas pelbagai kesalahan disipiln, antaranya mengganggu proses pemilihan serta membuat pendedahan tentang kepincangan proses pemilihan kepada media.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana