Atlet basikal negara, Kimberly Yap cedera dirempuh kereta

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas triathlon Sukan Sea 2005, Kimberly Yap, cedera selepas terbabit dalam kemalangan ketika menjalani latihan berbasikal di Penchala Link, di sini, pagi tadi.

Timbalan Presiden Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, ketika mengesahkan perkara itu berkata, Yap dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Naim berkata, laporan imbasan CT menunjukkan tiada kecederaan teruk pada bahagian organ dalaman.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, Yap yang sedang berbasikal dirempuh dari belakang oleh Toyota Harrier.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana