WARTAWAN AUSTRALIA JATUHKAN MARUAH ANWAR DIHADAPAN OBAMA SECARA LANGSUNG SELURUH DUNIA.

 Apabila seorang wartawan Australia bertanya kepada Presiden Amerika Syarikat Obama tentang ketidakadilan Malaysia terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim termasuk dalam soal kes liwatnya maka tentunya Anwar melompat dengan kegembiraan.
Tetapi bagaimanapun jawapan Obama dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib dalam sidang akhbar bersama yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia telah menyebabkan kegembiraan itu terhenti tiba tiba, Anwar jatuh tertunduk malu, kecewa dan marah kerana pertanyaan itu telah memberi peluang kepada Najib untuk memberitahu hal yang sebenarnya.
Lebih menyakitkan hatinya ialah apabila Obama menyatakan keyakinan kepada Najib sebagai seorang Refomer.
Najib menjelaskan bukan kerajaan Malaysia yang mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tindakan itu diambil oleh bekas kakitanganya sediri dan kerajaan Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan menghormati hak asasi manusia tidak berhak untuk menyekatnya dan membiarkan proses keadilan berlaku dan menyerahkan kepada keputusan mahkamah.
Jawapan Obama selain dari menerima Najib sebagai seorang Reformer telah menyatakan keyakinan bahawa Najib akan dapat memperbaiki lagi kekurangan kekurangan perjalanan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia.

Oleh kerana sidang akhbar itu disiarkan secara langsung keseluruh dunia setelah pertemuan yang mengambil masa lebih lama dari yang dijadualkan antara kedua pemimpin negara besar dan kecil itu yang menunjukan minat dan keyakinan Obama kepada Najib maka tidak syak lagi jawapan mereka kepada pertanyaan wartawan Australia itu telah mencedera parahkan imej Anwar ke taraf yang sangat rendah.
Hasrat wartawan itu hendak membangkitkan pembelaaan bekas Naib Presiden Amerika Al Gore terhadap Anwar Ibrahim dalam lawatannya dahulu, ternyata salah perhetongan sebaliknya menyerlahkan kesopanan dan penghormatan Obama kepada rakyat Malaysia berbanding dengan sikap biadap Al Gore terhadap rakyat Malaysia yang meninggalkan sejarah hitam dalam hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.
Lawatan Obama yang jelas menampakan kerianganya selama berada di Malaysia dan kemesraannya dengan Datuk Seri Najib telah membina semula kerosakan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang dilakukan oleh Al Gore.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana