OBAMA DAN NAJIB JAWAB DENGAN BERHEMAH TOHMAHAN ANWAR....

Kenyataan Datuk Seri Najib bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas Anwar bukanlah keputusan kerajaan kerana ianya melibatkan perundangan ekoran dari kesalahan yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim amat tepat. Sesungguhnya kerajaan tidak berada dalam kedudukan yang membolehkan mereka memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut. Ini secara tidak lansung menjawab segala tohmahan Anwar yang cuba dijaja ke seluruh dunia oleh pihak pakatan pembangkang.  Desas desus dari pembangkang ada menyebut bahawa Anwar seolah-olah mahu mendapatkan bantuan Obama atas hukuman kesalahan liwat beliau.

Sebelum itu pula pihak pakatan pembangkang telah menuduh Datuk Seri Najib telah memberi tekanan kepada Obama supaya beliau enggan berjumpa Anwar Ibrahim semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat itu ke Malaysia. Jawapan dari Obama yang cukup diplomasi dan berhemah telah menjernihkan segala kekeruhan yang cuba dicetuskan oleh pakatan pembangkang.

Obama menjelaskan bahawa tindakannya tidak menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bermakna beliau tidak mengambil berat mengenai apa yang berlaku berkaitan isu hak asasi di negara ini. Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Najib sempena lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia.

Sesungguhnya kerajaan telah terlalu berusaha meningkatkan hak kebebasan masyarakat dan perubahan politik di negara ini. Kadangkala tindakan kerajaan yang terlalu bertolak ansur dengan pembangkang telah memakan diri mereka sendiri. Pembangkang telah mempergunakan sikap tolak ansur dan lembut hati kerajaan untuk “memijak kepala” kerajaan secara melampau.

Pembangkang secara berterusan telah melancarkan fitnah. Ini memandangkan sikap kerajaan yang lebih suka mendiamkan diri terhadap segala fitnah pakatan. Jika mereka mengambil keputusan untuk menyaman pembangkang sekali pun, akhirnya pembangkang akan terlepas begitu sahaja hanya dengan satu ucapan maaf yang tidak ikhlas pun.

Berbalik kepada Obama, beliau menjelaskan juga bahawa dalam mesyuarat beliau di seluruh dunia, beliau tidak sempat menemui semua pemimpin, termasuk dari pembangkang namun ia bukan tanda beliau tidak mempedulikan mereka. Bukan Anwar saja yang Obama tak jumpa, di Negara lain yang beliau pergi pun ramai yang Obama tak jumpa.

Sebenarnya mana-mana kerajaan yang mengamalkan demokrasi cuba sedaya upaya untuk bersikap seadil yang mungkin. Obama turut mengakui AS turut melakukan usaha yang sama dalam memberi lebih kebebasan kepada rakyatnya sama seperti dilakukan Malaysia.

Dalam proses tersebut mana-mana pembangkang memang akan cuba mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Namun rakyat amat berharap agar kerajaan tidak terlalu tunduk kepada pakatan pembangkang yang sentiasa mempunyai agenda tersembunyi untuk merosakkan dan menghancurkan bangsa Melayu, agama Islam dan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana