Kuala Lumpur ; Pak Guard Mabuk Cuba Rogol Nenek 69 Tahun

                                                                       Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas berdepan detik cemas apabiladicabul seorang pengawal keselamatan di sebuah apartmen di Taman Desa sebelum mangsa melarikan diri dan bersembunyi di dalam bilik stor, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 69 tahun yang juga tukang cuci di bangunan sama sedang memasak air di dalam pondokpengawal keselamatan sebelum tiba-tiba seorang lelaki datang dalam keadaan mabuk dan terus meraba badan mangsa.

Menurut sumber, terkejut dengan tindakan itu, mangsa memarahinya, namun tidak diendahkan menyebabkannya ketakutan lalu menolak lelaki itu sebelum lari dan bersembunyi di dalam stor.“Bagaimanapun lelaki berkenaan mengejar sebelum menjerit memanggil mangsa supaya keluar dari stor itu.“Selepas beberapa minit menunggu akhirnya lelaki itu beredar. Mangsa yang menyedari lelaki itu meninggalkan kawasan berkenaan berlari ke luar apartmen untuk menyelamatkan diri,” katanya.


Sumber berkata, disebabkan bimbang kejadian sama berulang, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Brickfields.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana