Janji manifesto dimungkiri...tarif air naik di P.Pinang...Bodoh Namanya

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengemukakan cadangan untuk menaikkan tarif air pada kadar purata 20 peratus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) minggu depan.

Pengurus Besar PBAPP Jaseni Maidinsa berkata cadangan kadar kenaikan tarif air itu telah diluluskan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, keputusan tersebut menerima kecaman banyak pihak yang menyifatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong kerana sebelum ini pernah berjanji tidak akan menaikkan tarif air serta kadar sewa dan lesen perniagaan sepanjang tahun ini dan tahun depan.

Kenaikan tarif air itu juga bertentangan dengan manifesto pembangkang dalam PRU-13 yang berjanji akan menurunkan kadar sumber tersebut sekiranya berjaya memerintah.

Dalam manifesto itu juga, pembangkang berjanji akan memastikan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian berpatutan.

Menurut Jaseni berdasarkan cadangan itu, tarif air bagi 546,749 pengguna air berdaftar di negeri ini akan disemak untuk mempromosikan langkah penjimatan air dan mengelakkan catuan air.

"Bagi mengelakkan catuan air, kami berharap dengan tarif baharu air ini, kenaikan pada kadar purata 20 peratus bagi pengguna domestik akan dapat mengurangkan penggunaan air, yang merupakan penggunaan air tertinggi di negara," katanya Jumaat.

Dalam cadangan itu, tiada kenaikan bagi penggunaan kadar pertama sebanyak 20 meter padu air sebulan (bersamaan 1,000 liter).

Jaseni berkata langkah itu bagi mematuhi arahan kerajaan negeri untuk tidak membebankan kumpulan berpendapatan rendah.

Beliau berkata kadar kenaikan bagi penggunaan 20-40 meter padu air berikutnya adalah 9.5 peratus; 40-60 meter padu (30.77 peratus) dan 60-200 meter padu dan ke atas (30 peratus).

Katanya pengguna domestik yang menggunakan sehingga 40 meter padu sebulan adalah sebanyak 79 peratus (375,714 pengguna) daripada jumlah pengguna domestik di Pulau Pinang (471,466 pengguna).

"Malah dengan peningkatan tarif ini, tarif air Pulau Pinang kekal yang terendah di negara ini pada purata 32 sen bagi 35,000 liter air digunakan sebulan," katanya dan menurutnya purata kadar tarif air peringkat kebangsaan adalah 66 sen seliter.

Katanya kali terakhir semakan dibuat terhadap caj minimum bagi bekalan dan tarif pengunaan air domestik sehingga 40 meter padu adalah pada 1993.

Cadangan itu turut termasuk caj minimum pengguna domestik akan dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.

Bagi tarif air untuk perdagangan di Pulau Pinang, Jaseni berkata untuk kekal kompetitif bagi menarik lebih banyak pelabur, purata kenaikan adalah kira-kira 18.8 peratus.

Bagaimanapun, katanya pendapatan tambahan daripada kenaikan tarif itu akan disalurkan untuk infrastruktur penyelenggaraan dan pengurusan bekalan air, menguruskan air tidak terhasil dan program pendidikan untuk menggalakkan pemuliharaan air.

"Kenaikan tarif yang dicadangkan ini hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Span," katanya.

Pulau Pinang mencatatkan penggunaan air tertinggi di negara ini pada kadar perkapita 311 liter sehari setakat 1 Mac tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana