MH370: Selepas dua puluh hari berlalu...

Hari yang ke dua puluh. Masih tiada serpihan MH370 yang boleh dipegang dan ditayangkan kepada dunia, ia inilah pesawat yang hilang itu. Pencariannya pada satu masa menjangkau 2.24 juta kilometer persegi. Separuh dunia.

Kini dengan segala teknologi tercanggih dan pakar-pakar terbaik dunia, ia dikecilkan, ke satu kawasan, di selatan Lautan Hindi, dengan pencarian seluas 469,407 batu nautika. Kata mudahnya, seluas pulau Borneo, iaitu Kalimantan, Sabah dan Sarawak.

Ia dibahagikan kepada dua sektor iaitu barat dan timur, itu baru pencarian permukaan, iaitu mengesan serpihan, belum masuk bab nak cari letak duduk sebenar bangkai pesawat, yang kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berakhir di selatan Lautan Hindi.

Di internet ada macam-macam teori, dari hilang begitu sahaja, terbakar, pilot bunuh diri, sampai teori konspirasi membabitkan tentera Amerika dan segala bagai.

Ada juga macam-macam jenaka yang sinakal, contohnya apabila syarikat telefon bimbit melancarkan produk baru yang boleh mengesan di mana telefon kita berada, ayat sanikalnya adalah, "boleh kesan telefon...tapi hilang pesawat???"

Ada juga gambar, kapal terbang anti radar tentera Amerika, B-2 Stealth, yang bangga dengan keupayaannya, tapi digelar 'bitch' oleh pesawat MAS. Lelucon nakal mengambarkan kehairanan dunia macam mana pesawat B777 itu boleh hilang tanpa jejak.

Kini hari ke dua puluh, yang kita ada hanyalah, gambar-gambar satelit, kiraan matematik berhubung lokasi. Itu sahaja.

Di atas kertas, berdasarkan fakta yang ada, pakar geologi marin percaya MH370 tenggelam di satu kawasan rantaian gunung berapi dasar laut yang sangat besar di Lautan Hindi.

Seorang pakar geologi marin dari Universiti James Cook Australia, Dr. Robin Beaman berkata, beberapa objek dipercayai serpihan pesawat MH370 tersebut dikesan di satu

kawasan gunung berapi dasar laut yang tidak pernah dipetakan sebelum ini.

Katanya, hanya sedikit diketahui mengenai dasar laut di selatan Lautan Hindi dan usaha untuk mencari bangkai pesawat jenis Boeing 777-200 itu memerlukan teknik

pemetaan tiga dimensi dengan menggunakan peralatan yang canggih.

"Bagaimanapun, Australia tidak lagi mempunyai kemampuan untuk membuat carta dasar laut sedalam lebih 3,000 meter kerana satu-satunya kapal yang mampu melakukan kajian

itu, RV Southern Surveyor telah ditamatkan perkhidmatannya pada Disember tahun lalu.

"Sebuah kapal baharu bagi menggantikan kapal berkenaan kini sedang dibina di Singapura," katanya.

Menurutnya, untuk membuat carta dasar laut dalam mereka memerlukan sejenis alat yang dikenali sebagai Pemancar Berbilang Gema Bunyi yang menghantar denyutan bunyi ke

dasar laut sebelum bunyi itu dipantulkan semula untuk dianalisis.

Beaman berkata, objek pertama yang dikesan oleh satelit milik DigitalGlobe pada 16 Mac lalu terletak kira-kira 60 kilometer (km) dari barat daya zon aktif satu

rantaian gunung berapi bawah laut yang dikenali sebagai Rabung Hindi Selatan.

Rabung Hindi Selatan yang mempunyai panjang lebih 1,700km bermula di barat daya Australia hingga ke New Zealand.

Satu lagi objek yang dipercayai serpihan MH370 di kesan oleh sebuah kapal terbang China di satu lokasi kira-kira 180km barat daya rabung tersebut.

Sebuah kapal terbang peninjau Australia pada Isnin lalu mengesan satu lagi objek kira-kira 200km timur laut rabung berkenaan.

"Berdasarkan penemuan tersebut kemungkinan pesawat ini terhempas di rusuk rabung itu dan di kawasan ini tiada carta dasar laut pernah dibuat," jelasnya.

Tambahnya, rabung itu mempunyai muka bumi yang kompleks dengan puncak setinggi berpuluh-puluh meter.

"Sangat sukar untuk mengesan bangkai pesawat di dasar lautan ini tanpa carta yang bagus dan pasukan mencari juga memerlukan kapal selam kawalan jauh.

"Tiada keraguan lagi kita perlu membuat peta dasar laut yang baharu di kawasan ini," jelasnya.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 kru, meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac dan lenyap dari skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di ruang angkasa Laut China Selatan. Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Berikutan satu analisis data satelit Inmarsat United Kingdom dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB), kesimpulan dibuat bahawa Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di bahagian tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana