MH370 : Ahli Keluarga Yakin Pada SAR MH370

PUTRAJAYA 29 Mac - Ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yakin dengan pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurut bapa kepada penumpang  Mohd Khairul Amri, Selamat Omar, 60, kerjasama kerajaan Malaysia dengan 26 negara lain dilihat suatu usaha yang baik apabila segala kepakaran berada di bawah satu bumbung.

"Saya menaruh yakin bahawa pihak kerajaan akan dapat menemui samada rangka atau apa sahaja, kita mahu kerajaan teruskan usaha bersama negara-negara lain. Mereka (26 negara yang membantu) mempunyai kepakaran,"

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu dengan pemangku Menteri Pemangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya di Hotel Everly Putrajaya pagi tadi.

Dalam masa sama beliau yang dikenali dengan nama Pak Selamat meletakkan harapan tinggi serta masih berharap semua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat sekalipun pesawat yang dalam penerbangan ke Beijing itu berakhir di Lautan Hindi.

"Saya percaya, sebab tiada sebarang bukti ia jatuh atau sebagainya. Berakhir disitu bukan bermakna dia jatuh. Dia (Hishammuddin) tidak kata semua penumpang sudah mati. Saya penuh yakin sebab jika sudah jatuh dalam air tidak mungkin memakan masa terlalu lama untuk menjumpainya. Saya harap penumpang MH370 semua dalam keadaan baik dan selamat," tegas beliau.

Sementara ketika ditanya mengenai tempoh masa yang lama untuk menemui pesawat berkenaan, Pak Selamat berpendapat ia bukan sesuatu yang menghairankan.

"Bukan soal pelik, soalnya mereka mempunyai kepakaran, jika mereka pun tidak jumpa, kenapa pula kita mahu pelik. Selepas disitu tidak jumpa sudah pasti mereka akan menukar ke tempat lain, kapal tidak boleh pergi tambahan cuaca buruk," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana