Khalid Samad Berlagak Hero Isu MH370

Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad semalam mendakwa Tentera Udara Di Raja Malaysia sebagai lemah kerana tidak mengesan kedudukan pesawat MH370 yang di laporkan berpatah balik serta melintasi ruang udara Malaysia ?
Sepanjang insiden kehilangan pesawat MH370 rasanya tidak ada satu pun barisan pemimpin pembangkang di Malaysia yang memperlihatkan sikap bertanggungjawab mereka selaku pemimpin.
Kalau di ikutkan kepada gerak tindak dan cara pertuturan mereka sudah pasti tidak ada mana-mana pemimpin di dunia ini yang mampu mengatasi kepandaian serta keupayaan yang mereka miliki.
Itu sekiranya di lihat dari sudut pertuturan dan kerja buat dalam dunia politik tetapi jika di lihat kepada tahap pemikiran profesionalisme sebagai pemimpin rasanya ibarat langit dengan bumi apatah lagi nak di bandingkan dengan pemimpin dunia !
Tidak cukup dengan itu beliau turut mendesak agar kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan tampil memohon maaf kepada seluruh keluarga penumpang dan juga kerajaan China di atas kesilapan tidak bertindak lebih awal sejurus pesawat MH370 di laporkan hilang dari radar.
Memang terbaiklah , malahan sejak bermulanya insiden kehilangan pesawat MH370 sehingga kini rasanya Khalid Samadlah HERO sebenar yang harus rakyat Malaysia dambakan !
Lihatlah nanti, ramai macai-macai pakatan akan mengeluarkan pelbagai teori dalam usaha untuk mencari alasan dalam memperlihatkan apa jua insiden yang berlaku, ITU SEMUA SALAH UMNO/BN

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana