Jumaat...carian MH370 di lokasi baru

Ketika sana sini ada macam-macam spekulasi,tuduh itu tuduh ini...bayangkan suasana di belakang tabir sekarang pakar-pakar penerbangan seluruh dunia yang terlibat dalam operasi mencari MH370.

Mereka  sedang memerah otak membuat analisa dan perkiraan dimana lokasi sebenar pesawat itu terhempas di Lautan Hindi bagi memudahkan operasi yang melibatkan aset pelbagai negara.

Jumaat pagi hasil dari analisa lebih terperinci keatas data satelit dan radar timbul petunjuk baru yang dikatakan lebih meyakinkan untuk mencari serpihan pesawat Boeing 777-200 itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata terdapat satu petunjuk baru yang boleh dipercayai dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang hampir tiga minggu lepas.

Laporan media Australia berkata Abbott telah diberi taklimat mengenai analisis data terbaru radar yang membuatkan pihak berkuasa memindahkan kawasan carian 1,100 km ke timur laut, berikutan makluman terbaru daripada pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.

Zon pencarian kini seluas kira-kira 319,000 km persegi dan 1,850 km ke barat Perth.

Analisis itu datang dari data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum perhubungan dengan MH370 terputus.

"Ini adalah petunjuk baru yang boleh dipercayai dan akan diperiksa dengan teliti," Abbott berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, ia menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju daripada anggaran sebelumnya, menyebabkan peningkatan penggunaan bahan api dan mengurangkan kemungkinan jarak perjalanannya ke selatan Lautan Hindi.

"Kemungkinan laluan penerbangan itu boleh menjadi subjek untuk dihalusi lagi sementara pasukan penyiasat antarabangsa yang membantu pencarian itu meneruskan analisis mereka," kata AMSA dalam satu kenyataan.

Australian Geospatial-Intelligence Organisation pula sedang menyusun semula tugas satelit-satelit bagi mendapatkan imej di kawasan baru itu.

Pencarian pesawat itu ditangguhkan dua kali dalam minggu ini kerana cuaca buruk tetapi keadaan cuaca bertambah baik pagi Jumaat dengan pesawat-pesawat mula berlepas dari Pangkalan Pearce Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dekat Perth, selepas pukul 6 pagi.

Operasi pada hari ini disertai sembilan pesawat tentera, termasuk dua P3 Orion RAAF, sebuah jet Pengawal Pantai Jepun, sebuah P3 Orion Jepun, sebuah P3 Orion dan sebuah C130 Hercules Korea Selatan, sebuah P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 China dan sebuah P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat.

Enam kapal sedang menuju ke kawasan pencarian baru itu, terdiri daripada HMAS Success dan lima kapal Cina.

Ini ekoran dari imej objek di Lautan Hindi yang disalurkan oleh satelit Thailand Khamis dan terbaru dari satelit Jepun.

Pihak Berkuasa Maritin Australia (AMSA) berkata pencarian itu kini berubah ke lokasi baru 1,100 kilomiter ke Timur Laut kawasan pencarian sebelum ini.

Carian di lokasi lama sebelum ini dihentikan.

Kawasan carian baharu itu meliputi 319,000 kilometer persegi dan kira-kira 1,850 kilometers di Barat Perth.

"Pegawai Australia sudah mengkaji nasihat ini dan mengenal pasti inilah petunjuk paling berwibawa untuk membawa kepada penemuan serpihan," kata AMSA dalam satu kenyataan.

Menurutnya ini berdasarkan maklumat terkini yang diserahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.

Cuaca di kawasan pencarian pagi Jumaat dilaporkan agak baik. Pesawat-pesawat pencari telah berlepas dari pengkalan udara di Perth.

Kebelakangan ini operasi pencarian menjadi amat rumit kerana faktor cuaca dan jauhnya lokasi kawasan dimana serpihan MH370 dipercayai terapung.

Dari Perth ia memerlukan empat jam penerbangan pergi dan empat jam balik.Mereka hanya ada cukup minyak untuk berlegar di kawasan lautan yang luas itu untuk mencari serpihan terapung sekitar dua jam sahaja.

Apakah petunjuk baru ini akan beri sinar harapan yang dinanti-nantikan?

Semua orang tertunggu-tunggu untuk mendapat pengesahan dari secebis serpihan yang mengesahkan ia MH370.

Ini akan menjawab pelbagai persoalan mengenai lokasi terakhir pesawat malang itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana