Drama apa lagi.. suami isteri tanding rebut jawatan tertinggi PKR

Drama dalam PKR antara anak beranak dan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencuri tumpuan menjelang pemilihan parti itu Mei nanti.

Sabtu, di  ibu pejabat PKR Damansara, merupakan hari penamaan calon, dan jangan terkejut, untuk jawatan nombor satu, suami isteri, Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding sesama sendiri.

Ada yang cakap ini sebagai persiapan, jika Anwar tak layak bertanding ikut undang-undang pertubuhan ROS kerana sabit kesalahan kes liwat, maka isterinya yang sudah 15 tahun jadi presiden, kekal ke jawatan itu.

Orang lain jangan mimpi. Untuk jawatan Timbalan Presiden, selain Azmin Ali yang merupakan penyandang, beliau akan berdepan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Naib Presiden Tian Chua, MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seorang calon tidak dikenali K Ramachandran.

Ada 16 orang bertanding jawatan Naib Presiden termasuk Pengarah Strategi Rafizi Ramli, Elizebert Wong, N Surendren, Mustapa Kamil Ayub, Baru Bian, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Fuziah Saleh dan beberapa lagi.

Manakala Tian Chua yang bertanding jawatan timbalan, turut mempertahankan jawatan naib presiden.-29/3/2014

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana