Bung Mokhtar ajak MP pembangkang banyak cakap isu MH370 sertai misi mencari

Datuk Bung Mokhtar Radin yang angin dengan sikap ahli-ahli pembangkang yang setiap hari buat bising di Dewan Rakyat dengan macam-macam teori berhubung insiden MH370,Khamis mengajak mereka menyertai misi mencari pesawat itu.

Antara yang dipelawanya ahli parlimen DAP Gelang Patah Lim Kit Siang dan ahli parlimen DAP Ipoh Barat N.Kulasegaran kerana medua-dua mereka masih tidak berpuas hati dengan penjelasan kerajaan sebelum ini.

Ahli parlimen Kinabatangan itu  dengan lantang berkata, pembangkang seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan segala usaha yang dilakukan kerajaan untuk mengesan pesawat itu.

Katanya, misi pencarian bersama-sama dengan 26 negara yang lain di Lautan Hindi adalah yang terbaik.

“Mereka masih buntu nak cari  122 objek. Satu pun tak berjaya diangkat. Inikan pula kita nak merungkai segala persoalan, memang tak boleh dijawab kecuali ada fakta (kotak hitam),” katanya.

Menurut Bung Mokhtar,kerajaan tidak akan beri jawapan tidak munasabah semata-mata bagi memenuhi kehendak mana-mana pihak sedangkan ianya tidak sahih.

“Gunakan fikiran yang waras untuk kemukakan pertanyaan. Pertanyaan mustahil, macam mana kerajaan mahu jawab selagi kotak hitam tak ditemui,” katanya.

Katanya, kerajaan harus tegas dengan tidak memberikan jawaban yang bodoh kepada soalan-soalan yang tidak rasional dan tidak masuk akal.

Sebelum itu Lim menghangatkan sidang Dewan Rakyat menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI atau Jawatankuasa Pilihan Khas segera ditubuhkan bagi menyiasat misteri kehilangan pesawat MH370.

Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan RCI hanya akan ditubuhkan selepas menjumpai kotak hitam.

Malah jelas ahli parlimen Arau, misi pencarian yang diketuai Australia akan terganggu jika Malaysia memulakan siasatan sedangkan kotak hitam masih belum dijumpai.

Katanya, elok pembangkang turut serta misi mencari menjadi kumpulan ke 27.

Kenyataannya itu disambut Bung Mokhtar yang menyarankan semua ahli parlimen ke laut mencari kotak hitam dan saksi sendiri operasi mencari.

“Gelang Patah (Lim), Ipoh Barat ( Kulasegaran) sama-samalah kita (pergi mencari) Saya pun tawarkan diri,” tegasnya.

Sementara itu ahli parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata, insiden Mh370 bukan sesuatu yang mudah ditangani malah ianya turut membabitkan ngara luar.

“Ini kepentingan dunia…apa dibangkitkan pembangkang adalah kepentingan mereka,” katanya menyokong ketegasan Bung Mokhtar dan Shahidan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana