Video: Herman Tino Nyanyi Lagu Khas Untuk Anwar Ibrahim Yang Bertajuk 'Pesona Palsu'.

Herman Tino seorang penyanyi dangdut terkenal era 80-an kini telah bergiat secara aktif didalam bidang politik selaku penggerak politik bebas.Beliau yang kini menjangkau umur 60 dilihat masih cergas bergerak dan aktif di dalam bidang nyanyian dan juga politik.

Selepas mengesahkan untuk bertanding di Kajang,beliau telah menggesa agar penduduk Kajang memilih pemimpin yang tepat."Anak Kajang dan anak Selangor, mari berpakat cari pemimpin yang pandai bukan memandai-mandai," ujar beliau..

Kini beliau telah mula menggerakkan kempennya di Kajang,Semalam mula tersebar video kempen nyanyian beliau untuk menghadapi PRK Kajang melawan Anwar Ibrahim.Video nyanyian bertajuk Pesona Palsu itu nampaknya ditujukan khas kepada Anwar Ibrahim.

Lirik lagunya berbunyi: "Aku nyamuk yang nakal, engkau lipas yang liar,"Kajang saksi engkau menggila,"Engkau memang ternama, engkau gila kuasa." dilihat memang tepat untuk ditujukan kepada Anwar Ibrahim.Semua sudah maklum bahawa pemimpin itu memang seorang yang gilakan kuasa dan sering gunakan 'politic animal' untuk mencapai agenda peribadinya.

Pihak pembangkang mula tidak senang dengan video nyanyian dari Herman Tino ini.PKR telah mula menggerakkan pejuang maya mereka untuk memaki hamun Herman Tino di laman-laman sosial.Banyak status-status cacian dan makian ditujukan kepada beliau.

Tetapi Herman Tino dilihat mengambil tindakan yang matang kerana tidak melayan provokasi mereka dan beliau lebih senang menumpukan fokus untuk menghadapi PRK Kajang.Beliau juga telah menegaskan bahawa beliau tidak ditaja oleh sesiapa pun atau cuba memecahkan undi tetapi beliau bertanding di atas semangat demokrasi di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana