'Terus Ops 6P Fasa II sehingga tiada PATI' Janji Terbaik

Putrajaya: Ops 6P Fasa II akan diteruskan sehingga 100 peratus pekerja warga asing di negara ini memiliki dokumen sah dan negara bebas sama sekali daripada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sehingga semalam, 5,530 PATI diberkas Jabatan Imigresen sejak Ops 6P Fasa II dilancarkan di seluruh negara 21 Januari lalu.  “Selain itu, Jabatan Imigresen memeriksa 21,821 pekerja warga asing menerusi 799 operasi dan 61 majikan ditahan kerana melindungi PATI.

“Dalam pada itu, 5,261 PATI sudah dihantar pulang ke negara masing-masing,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, semalam.

Zahid berkata, rakyat tidak perlu takut untuk mengunjungi pusat beli -belah atau kawasan rekreasi yang sebelum ini terkenal dengan ‘kebanjiran’ warga asing.

“Mereka tidak perlu khuatir lagi kerana saya sudah arahkan Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Penguat Kuasa Imigresen untuk melakukan serbuan ke tempat tumpuan golongan itu.

“Kita mahu mereka (PATI) menghormati undang-undang negara ini. Jika keluar, mereka perlu bawa dokumen pengenalan diri,” katanya.
Sementara itu, Zahid turut memaklumkan akan berjumpa dengan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) minggu ini berhubung isu penggunaan pelekat hologram pada naskhah kitab suci itu.

“Saya perlu dengar daripada mereka sendiri mengenai rasional kenaikan harga al-Quran dengan pelekat hologram,” katanya mengulas permintaan PQM supaya memansuhkan penguatkuasaan pelekat hologram pada naskhah al-Quran kerana bukan saja membebankan, malah menyebabkan harga meningkat sehingga 50 peratus.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA yang meluluskan untuk menerima semua jawatan kerajaan, termasuk Kabinet.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana