Sokong BN, tolak Anwar, selamatkan Selangor

Gendang perang dipalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi DUN Kajang memberi sokongan kepada BN, sekat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamtkan Selangor dari ketidaktentuan yang akan merugikan rakyat.

Menurut Muhyiddin, walaupun sekadar bertanding DUN, namun ketua pembangkang itu mempunyai nafsu besar iaitu untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya berpandangan jika Anwar meneruskan hajatnya tanpa sokongan dari PAS yang mahu Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan maka akan berlaku krisis yang pada akhirnya merugikan rakyat Selangor.

"Masalah air tak akan dapat diselesaikan macam-macam lagi kerana akan timbul krisis dan kekeliruan. Akan menyusahkan rakyat....Tolak Anwar Ibrahim. Mudah. Menangkan calon BN.... Tak payah nak cerita soal peribadi Anwar Ibrahim. Boleh dapat di mana-mana. Tak perlu saya cerita...,"ujarnya dalam satu rogram Mesra Rakyat di Kampung Bukit Dukung Kajang pagi Isnin.
bn-kajang1
Kata Muhyiddin, pilihanraya kecil DUN Kajang terpaksa diadakan kerana Anwar tidak berpandangan jauh.

"Saya pun hairan kenapa masa pilihan raya umum hari tu (PRU-13) dia tak mahu nak bertanding di sini kalau kata PRK Kajang ni sebagai jambatan ke Putrajaya..."katanya dalam majlis yang dihadiri lebih seribu tetamu itu.

Muhyiddin berkata, tindakan PKR yang mengheret pengundi Kajang untuk menyelesaikan masalah dalam parti itu dan masalah peribadi Ketua Pembangkang berkenaan jelas membuang masa dan wang ringgit rakyat.

"Sebenarnya dalam PKR sendiri dah banyak masalah. Masalah antara Khalid (Ibrahim - Menteri Besar Selangor) dan Azmin (Ali - Timbalan Presiden PKR).
bn-kajang
"Jadi untuk selesaikan masalah ni senang, mari kita berganding bahu, sekat Anwar menang di sini, sekat Anwar ke Putrajaya, undi calon Barisan Nasional, menangkan Datin Paduka Chew Mei Fun," katanya yang mendapat tepukan gemuruh dari hadirin.

Dalam majlis tersebut juga, Muhyiddin mengumumkan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Kajang BN.

Turut hadir dalam program tersebut adalah pemimpin-pemimpin tertinggi BN termasuk calon Barisan Nasional PRK DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Pada sebelah pagi, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas di pejabat UMNO Hulu Langat di Kajang.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN tiba pada pukul 9 pagi, disambut oleh Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Hadir sama Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Kong, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun dan Datuk Seri Noh Omar.

Mesyuarat lebih sejam itu bertujuan membincangkan perancangan dan strategi BN bagi menghadapi pilihan raya kecil itu yang akan dilangsungkan pada 23 Mac depan.

PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Januari lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana