MAKIN PANAS... Zaid dakwa Anwar menyorok bawah skirt Rafizi

'Tembak menembak’ antara dua bekas sahabat karib politik yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang - Datuk Zaid Ibrahim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi semakin panas.

Rafizi Ramli mungkin menyesal pergi jolok bekas Naib Presiden PKR itu dakwa konon ada lobi projek untuk rakannya di Selangor semasa berada dalam PKR dulu untuk conteng arang imejnya.

Zaid bertindak balas terhadap dakwaan yang dibuat Pengarah Strategik PKR itu dalam sidang akhbar Rabu dengan memanggil satu sidang akhbar di rumahnya dekat Petaling Jaya Khamis.

Di depan ramai wartawan yang hadir Zaid melibas sakan Anwar dan Rafizi.Ini termasuk mendakwa Rafizi hanya budak suruhan Anwar untuk mencercanya.

“Oleh itu saya ingin ingatkan Anwar. Tidak usahlah berselindung di bawah skirt Rafizi,” kata bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.

Selain menafikan dakwaan Rafizi beliau ada melobi projek untuk rakannya di Selangor,Zaid pula mendakwa Anwar semasa dalam kerajaan dulu beri kontrak pada kroni-kroninya.
zaid-pccx
Beliau juga dakwa Anwar kena ‘checkmate’ oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bila Menteri Besar Selangor itu tandatangan perjanjian persefahaman mengenai air dengan Kerajaan Pusat Rabu.

Anwar semasa ditemui wartawan di Kajang petang Rabu dakwa beliau tidak tahu menahu mengenai perjanjian itu.

Zaid sendiri menilai komen Anwar itu tak masuk akal.

“Mestilah dia tahu. Dia cuma tak bersetuju. Sebab salah satu sebab Anwar mahu menjadi Menteri Besar  ada kena mengena dengan hasratnya untuk menstrukturkan semula air di Selangor dengan cara yang berbeza dengan Khalid,” dakwanya.

Menurut Zaid sekiranya Anwar menang dalam pilihanraya kecil Kajang dan menjadi Menteri Besar sekalipun beliau tidak boleh buat apa-apa tentang perjanjian air itu.

“Ia sudah terlambat kerana dia sudah kena check-mate,” kata Zaid.

Katanya langkah Khalid menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Pusat mengenai krisis air itu wajar kerana jika tidak diselesaikan sehingga selepas PRK Kajang dan Anwar menang serta jadi Menteri Besar, sudah pasti air di Selangor akan diswastakan.

Dakwa Zaid lagi, Anwar mahu mengambilalih jawatan Khalid sebagai Menteri Besar kerana beliau tahu Selangor banyak duit dan dia boleh mengawal pengswastaan air.

“Berbillion Ringgit untuk diswastakan. Tapi mujurlah Tan Sri Khalid ini pintar orangnya. Dia dapat mempertahankan projek air itu dengan menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Pusat untuk selamatkan Selangor,” katanya lagi.

“Dalam soal ini saya rasa tindakan Khalid itu betul dan saya setuju. Saya rasa masa depan Selangor akan selamat dan pengswastaan akan berakhir. Kerajaan Negeri akan mengambilalih dan sokongan Pusat dalam hal ini mesti dialu-alukan.  Kalau Kerajaan Pusat tak bagi duit nak bayar balik kepada swasta, ia akan membebankan Kerajaan Negeri. Ini rakyat perlu alu-alukan. Ini bukan soal UMNO-PKR. Ini soal rakyat.

“Inilah isu yang akan saya bawa di Kajang, iaitu penjelasan yang betul kepada rakyat. Sebagai pemimpin kita kena berterus terang dengan rakyat. Anwar tak berterus terang. Dia kata nak bangunkan Kajang, nak jadikan bandar satelit, dan macam-macam dia janji. Saya hanya nak rakyat Kajang pilih pemimpin yang betul. Kalau pemimpin itu karut, ada 10 atau 20 rancangan pun tak ada makna,” katanya.

Menurut Khalid, rekodnya lebih baik daripada Anwar kerana sewaktu menjadi Menteri tidak pernah menyalahguna kuasa seperti Ketua Umum PKR itu.

“Semasa saya jadi Menteri saya tidak salahgunakan kuasa tetapi Anwar masuk jel kerana salahguna kuasa. Kita jangan lupa. Semasa dia jadi Menteri dia beri kontrak kepada kroni-kroni dia. Ini didedahkan oleh Tun Mahathir pada 1998. Itu semua kita ingat. Dia tulis Tun Mahathir pemimpin yang berkroni tetapi apabila senarai keluar, kroni-kroni siapa yang lebih?

“Rakyat jangan lupa tahun 1998. Kita jangan lupa apabila Umi Hafilda buat report polis siapa yang suruh polis ajar dia tarik balik kenyataan itu? Siapa? Saya tak buat kerja macam tu,” katanya.

Sementara itu mengenai kenyataan media yang dibuat oleh Rafizi yang mendakwanya melobi projek di Selangor, Zaid berkata, Ahli Parlimen itu sudah dilatih begitu.

“Enam tahun saya kenal Tan Sri Khalid Ibrahim dan tidak pernah buat permohonan untuk saya, keluarga dan kawan. Tanyalah Exco-Exco Selangor, Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan pejabat Menteri Besar. Satu inci tanah Selangor saya tak minta sebab saya bukan nak jadi Menteri Besar.

“Rafizi budak Anwar. Anwar sendiri tak boleh kawal Khalid. Tak kanlah saya nak lobi budak dia. Tak masuk akal. Tan Sri Khalid dia strict. Dia profesional. Dia tak kira Anwar ke, siapa ke. Pentadbiran negeri  dan parti diasingkan. Itu yang Khalid pertahankan dan itu yang saya pertahankan. Jadi saya pertahankan Khalid bukan sebab saya lobi projek atau sebab dia sudah bagi banyak kat saya.

“Saya tak perlu lobi. Saya tak perlu jadi Menteri Besar. Saya tak perlu kaya macam Anwar ni. Dia nak duit banyak sebab dia ada cita-cita nak pergi Putrajaya. Saya tak ada. Jadi sebab itu dalam soal ini saya nak beritahu Anwar Ibrahim - tak usah berselindung di belakang Rafizi. Suruh budak itu cerca saya. Kita berdepan mengenai soal kepimpinan dan integriti pemimpin. Itu yang perlu kita bincang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana