Krisis Air : Penduduk Puji Usaha Kementerian Pertahanan

BALAKONG 24 Feb - Penduduk di sini yang menderita kerana krisis air hari ini melahirkan rasa syukur dan memberi pujian kepada Kementerian Pertahanan kerana menyalurkan bantuan tiga buah lori tangki Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Wan Mohd Azlan Wan Ismail, 46, berkata usaha sedemikian perlu dijadikan dorongan kepada agensi-agensi yang lain supaya melakukan perkara sama.

"Kalau saya jumpa Hishammuddin (Menteri Pertahanan), banyak-banyak terima kasih kepada beliau. Lori ATM ini sangat membantu dan saya juga mengalu-alukan mana-mana agensi supaya turut membantu meringankan beban kami disini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui RakyatNews semasa mengambil air daripada lori tangki ATM di Flat Taman Setia Jaya.
 rakyatnews
Sementara itu, Lai Chee Yin, 37, berkata, beliau pada mulanya berasa agak terperanjat apabila melihat lori tangki milik ATM yang memasuki kediamannya.

"Terkejut juga, baguslah terima bantuan daripada ATM ini. Dia sanggup bantu kita, ini sangat baik dan terima kasih banyak kepada mereka," ujar beliau.

Dalam masa sama seorang warga emas, Sarinah Meon,73,  mengharapkan supaya bekalan air dapat disalurkan terus kepada tangki simpanan air di kediamannya.

"Umur dah 73, manalah larat. Biasa dua kali angkat air, cukup untuk buat ambil wudhuk. Makcik perasan lori ATM sejak malam tadi, baguslah macam ini, harap ia berterusan hantar dan salurkan air terus ke rumah," katanya.

Semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan tiga lori tangki air Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dengan muatan 10,000 liter setiap satu untuk digembleng ke kawasan Balakong, yang terjejas akibat krisis air melibatkan 35,000 penduduk.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana