DRAMA APA PULA NI, MALAYSIAKINI PULA KENA SIMBAH CAT MERAH KERANA TERESA KOK ?

Simbahan cat merah dan bungkusan bangkai itik ditemui di luar pejabat portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur pagi ini.

Cat merah itu disimbah pada dinding dan juga papan tanda Malaysiakini yang diletakkan di bangunan tingkat empat dan telah mengenai sebuah motosikal yang diparkir berdekatannya.
Sementara itu, seekor bangkai itik ditemui dalam sebuah kotak, yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama.

Ia juga dilekat dengan gambar ahli parlimen Seputeh Teresa Kok. Menurut Editor Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari, staf pertama sampai ke pejabat itu pada jam 6.15 pagi, mendapati cat merah itu masih lagi basah.

Kalau macam ni barulah boleh dikatakan disimbah dengan cat, bukannya macam apa yang dah jadi pada pejabat Teressa Kok tu.

Tetapi kita berasa pelik, kenapa ofis MalaysiaKini yang dibaling cat padahal gambar Teresa Kok yang digunakan?

Drama simbah cat merah kembali di selubungi oleh PR, kononnya meraih simpati rakyat katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana