ANWAR DENGKI SYED MOKHTAR, TAPI TAKUT KEPADA ROBERT KUOK

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengkritik Robert Kuok, lelaki paling kaya di Malaysia sepertimana yang dilaporkan Malaysian Business, memiliki kekayaan RM54.48 bilion pada tahun ini.

Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari lalu menyenaraikan Robert Kuok, tempat pertama, T. Ananda Krishnan, tempat kedua dan Tan Sri Teh Hong Piow, di tempat ketiga individu terkaya di Malaysia.

Turut disenaraikan; Tan Sri Quek Leng Chan (tempat keempat), Tan Sri Lee Shin Cheng (kelima), Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (keenam), Tan Sri Lim Kok Thay (ketujuh), Puan Sri Lee Kim Hua (kelapan), Datuk Mokhzani Mahathir (kesembilan) dan Tan Sri Azman Hashim (kesepuluh).

Selain, Robert Kuok, Anwar juga tidak mengkritik individu terkaya tempat kedua, ketiga, keempat, kelima, ketujuh dan kelapan, namun mengkritik Syed Mokhtar (keenam), Mokhzani Mahathir (kesembilan) dan Azman Hashim (kesepuluh) yang didakwanya atas dasar kroni.

Malah, sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Anwar terus konsisten mengkritik Syed Mokhtar, walaupun beliau sendiri mengakui tiada sebab peribadi.

Kemarahan Anwar kepada Syed Mokhtar meluap-luap selepas polisi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memindahkan monopoli gula daripada Robert Kuok kepada hartawan Melayu itu.

“Harga gula meningkat kerana ia dimonopoli oleh Syed Mokhtar. Saya menentang Umno, BN, termasuk nama-nama besar dalam parti.

“Kekayaan Syed Mokhtar bernilai berbilion-bilion ringgit. Saya tidak membencinya. Saya tidak mempunyai apa-apa peribadi dengannya tetapi saya tidak suka hakikat bahawa gula dimonopoli oleh satu orang dan kerana itu, rakyat perlu membayar, “kata Anwar dalam ceramahnya di Taman Impian Murni baru-baru ini, dilaporkan The Malaysian Insider.

Semasa laman ini menemu bual Shen Yee Aun (SYA), anak muda berbangsa Cina itu memberitahu, undi masyarakat Cina solid kepada pembangkang, kerana ada pihak yang mengapi-api sentimen kemarahan bangsa itu dengan menuduh polisi kerajaan majukan taikun Melayu supaya merampas kekayaan orang Cina.

Taikun Melayu yang sering disebut oleh ‘batu api’ itu adalah Syed Mokhtar.

Sebelum ini, semasa Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, Robert Kuok merupakan satu-satu individu yang memonopoli gula, namun Anwar tidak mengkritik monopoli Raja Gula tersebut.

Berbanding dengan Syed Mokhtar, semasa Robert Kuok bergelar ‘Raja Gula’ berlaku krisis ‘ketiadaan gula di pasaran’ ketika menjelangnya Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12).

Laman ini pernah mendedahkan Anwar mempunyai hubungan sentimental dengan Robert Kuok, di mana ia dibuktikan dengan pendedahan sepucuk surat perniagaan di antara kedua-dua tokoh itu.

Memetik sumber Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar, beliau mendedahkan Anwar melancarkan kempen Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) semasa PRU 12.

AEM merupakan senjata utama menarik sokongan masyarakat Cina sepertimana yang diperjuangkan DAP kerana polisi utama tajaan Anwar itu persaingan ekonomi terbuka tanpa kouta terhadap Melayu-Bumiputera sepertimana yang diamalkan DEB sebelum ini.

Malah, penentangan terhadap polisi hak keistimewaan Melayu-Bumiputera dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan teras utama perjuangan DAP sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1966.

Rahimi juga turut mendedahkan pakatan Anwar dengan pelbagai pihak termasuk dengan raja gula Malaysia, Robert Kuok.

Buktinya, Anwar pernah menghantar surat kepada Robert Kuok bertarikh 17 Julai 2006 menggunakan kepala surat AIA (Anwar Ibrahim & Associate), sebuah syarikat perniagaan Anwar yang berpengkalan Herndon, Virginia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia, Amerika Syarikat.

Dalam surat itu, Anwar melalui syarikat perniagaannya memohon kerjasama dengan Robert Kuok untuk menjalankan urusniaga bersama di Turki.

Justeru, berdasarkan hubungan baik Anwar-Kuok itu, blog The Unspinners turut bersetuju dengan laman ini bahawa krisis gula sebelum PRU 12 berpunca daripada perancangan mereka.

“Ada kemungkinan besar, krisis kekurangan gula yang menyusahkan rakyat sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 adalah konspirasi Anwar-Kuok. Apabila gula disembunyikan akan mendorong kenaikan harganya dan termasuk kenaikan harga-harga keperluan asas yang lain termasuk minyak masak dan beras.

“Apabila sabotaj barang-barang keperluan asas itu berjaya dilakukan, rakyat akan memberontak dan melihat potensi Anwar sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan kes tersebut. Dan kita sudah lihat kesan pakatan itu melalui keputusan PRU 12″, lapor The Unspinners yang memetik sumber daripada AIDCNews.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana