PRK Kajang membazir: Anwar janji kurang belanja...Boleh PErcaya Kah ANWAR Ni?

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim “berjanji” untuk mengekang kos kempen pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang ditandingi beliau dalam cubaan untuk meredakan kemarahan umum terhadap pilihan raya mengejut itu.

“Kalau anggap ia pembaziran, kos itu perlu diturunkan betul-betul, diminimumkan. Dari pihak Pakatan Rakyat, kita perlu senggarakan secara minima termasuk menggunakan poster lama, selain poster yang disyaratkan oleh SPR, maknanya calon DUN Kajang selepas PRU13,” kata Anwar kepada pemberita.

Anwar dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana merestui tindakan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu bagi membolehkan Ketua Pembangkang itu bertanding.

Tindakan PKR itu dilihat sebagai merintis jalan untuk Anwar dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim susulan perbalahan berpanjangan antara beliau dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

PRK Kajang dilihat membazir dana awam kerana pengundi Kajang baru memberikan Lee mandat yang selesa pada PRU Mei lalu.

Adalah dianggarkan SPR terpaksa membelanjakan lebih RM1 juta untuk menguruskan PRK Kajang, namun Anwar menegaskan jumlah itu kecil berbanding pembaziran yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

“Betul apabila dikatakan PRK itu satu pembaziran. Tapi apabila membazir bilion ringgit orang tak nampak?,” kata Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana