PKR khianat pengundi..- Bersih..BAru Tahu Ker?

NGO pro pembangkang, Bersih 2.0 membidas PKR apabila menyifatkan perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh sebagai "tidak ubah satu pengkhianatan" kepada pengundi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih, badan itu menegaskan ia tidak dapat menerima alasan seorang ADUN meletakkan jawatan "demi kepentingan parti".

"Alasan perletakan jawatan Lee pada 27 Januari 2014 seperti yang dilaporkan oleh media sebagai "demi kepentingan PKR secara keseluruhannya" mencerminkan pandangan yang salah pada pihak beliau dan parti yang diwakilinya," kata Bersih.

Menurut Bersih, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila PKR menerima perletakan jawatan Lee dan meletakkan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dalam pilihan raya kecil nanti.

"Ini membayangkan politik kotor dan harus dikutuk," kata badan gabungan itu dalam satu kenyataan yang keras.

Bersih berpendapat tugas utama seseorang wakil rakyat ialah kepada rakyat di kawasan pilihan rayanya dan bukan kepada parti politik.

Oleh itu, satu-satunya alasan yang boleh diterima untuk wakil rakyat meletakkan jawatan ialah beliau tidak lagi dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut mandat yang diberi iaitu berkhidmat kepada rakyat.

"Alasan Lee meletakkan jawatan tidak meletakkan keutamaan kepada kepentingan rakyat," kata Bersih.

Merujuk kepada krisis perlembagaan di Perak pada 2009, Bersih berpendapat tindakan Lee itu sama dengan apa yang dilakukan oleh wakil rakyat DAP ketika itu, Hee Yit Foong apabila beliau bertindak lompat parti.

"Kedua-dua tindakan itu adalah dikesali. Adalah mengecewakan apabila PKR, antara yang menjadi mangsa dalam krisis perlembagaan itu, kini adalah pemain utama dalam kisah panjang yang menyedihkan ini."

Menurut Bersih, ia kesal kerana pilihan raya kecil harus diadakan dan wang rakyat akan terbazir begitu saja "kerana tindakan sesuka hati segelintir."

"Tidak ada putar belit politik yang boleh menyembunyikan hakikat bahawa pada 27.1.2014, kepentingan penduduk Kajang telah dibelakangkan."

Bersih menyifatkan apa yang berlaku ini sebagai "langkah ke belakang bagi demokrasi kerana ia memberikan gambaran salah bahawa pilihan raya ada tentang parti politik dan ahli politik, dan bukannya tentang rakyat."

Jawatankuasa pemandu Bersih terdiri daripada Maria Chin Abdullah, Dr Farouk Musa, Masjaliza Hamzah, New Sin Yew dan Farhana Halim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana