Mahkamah Daerah Solna Di Sweden Lanjut Reman Seorang Rakyat Malaysia

Pasangan suami isteri Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden kerana didakwa memukul seorang daripada empat anak mereka yang enggan solat, berada dalam keadaan baik dan sihat.

Mereka juga sudah bersetuju hak penjagaan anak-anak mereka dipindahkan kepada keluarga Islam yang ditentukan oleh Kedutaan Malaysia di Stockholm.

pasangan ini masih direman

Empat anak pasangan itu kini di bawah penjagaan keluarga bukan Islam yang dilantik pihak berkuasa Sweden sejak pasangan itu ditahan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada empat anak mereka yang tidak solat.

Perkembangan terbaru pasangan terbabit dimaklumkan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin yang melawat Azizul Raheem Awalludin dan isteri Shalwati Norshal yang ditahan di penjara negara ini sejak 18 Disember lalu.

Hamzah berkata, pemindahan anak-anak pasangan itu kepada keluarga Islam yang dilantik Kedutaan Malaysia akan dimuktamadkan masa terdekat.

Difahamkan, jika berjalan lancar majlis penyerahan kepada keluarga angkat berlangsung malam ini.

Azizul adalah Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden dan Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji.

Tahanan reman Azizul dan Shalwati dilaporkan sehingga Khamis (30 Januari) untuk membantu siasatan dan mereka akan dihadapkan di Mahkamah Daerah Solna bagi hakimmembuat keputusan sama ada untuk melanjutkan tempoh reman atau mendakwa mereka.

Hamzah berkata beliau turut membangkitkan isu penahanan pasangan suami isteri itu dalam pertemuannya dengan rakan sejawatan Frank Belfrage.

“Kerajaan Sweden sangat memberi kerjasama. Saya ucapkan terima kasih,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana