KENAPA ANWAR IBRAHIM PILIH DUN KAJANG?

Sesuatu yang menjengkelkan apabila Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengumumkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertanding dalam PRK DUN Kajang dalam sidang akhbar pagi tadi di Ibu Pejabat PKR.

Sepatutnya Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali yang berkuasa dan orang yang sepatutnya mengumumkan pencalonan Anwar Ibrahim bagi PRK DUN Kajang.

Pasti ramai yang ternya kenapakah DUN Kajang dipilih dan bukannya DUN lain yang sememangnya menjadi senarai pilihan Anwar Ibrahim?

Terdahulu mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Selain berketurunan Melayu dan beragama Islam, Anwar sekiranya menang boleh menjadi Menteri Besar Selangor atas persetujuan Sultan Selangor.

Persoalan sekarang kenapa Anwar Ibrahim mahu bertanding di DUN Kajang dan seterusnya mahu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor? Apakah ini ada kaitan dengan kenaikan gaji dan elaun Menteri dan Exco-Exco Negeri yang diumumkan dalam Sidang DUN Selangor lepas.

Apakah itu sebenarnya yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim? Sudah tentu ianya dianggap "gila" seperti mana yang tulis oleh Azmin Ali dalam Twitternya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana