Kajang: Jangan heret saya...ini masalah dalaman kamu -PM

Sendiri bikin...sendiri punya masalah dalaman, senang-senang geng PKR nak 'cover line' cacamarba parti itu dengan cuba belit dan heret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Fikir punya fikir...PKR ini sudah jadi lebih hebat dari Maharaja Lawak.

Ingat balik semalam Rabu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri untuk berlawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di situ.

Budak bijak pandai PKR,Rafizi Ramli nak spin konon Anwar kena duduk di DUN  Kajang takut BN nak rampas Selangor.

Ini dikaitkan dengan cerita dongengnya konon Tun Dr Mahathir kini dibelakang usaha nak gulingkan Najib.

Perdana Menteri yang dminta ulas gelagat budak-budak PKR yang tengah kalut dengan isu DUN Kajang...ingin menyampaikan mesej ini ' jangan heret saya...ini masalah dalaman kamu'.

Beliau mengaskan demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan NGO Islam dan Melayu di pejabatnya di Putrajaya, Khamis

Menurut Najib, pilihan raya kecil ini hanya kerana mahu menyelesaikan kemelut yang agak serius dalam PKR.

“Itu bukan masalah saya. Saya tiada apa masalah. PKR yang menyebabkan perkara ini (pilihan raya kecil) berlaku, kenapa hendak dikaitkan dengan saya,” katanya.

“Bagi saya, mereka (PKR) yang bebankan rakyat, bebankan pengundi di Kajang yang rata-rata tak senang hati dan terpaksa mengadakan pilihan raya,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan NGO Islam dan Melayu di Putrajaya, Khamis.

Najib menegaskan, berdasarkan pelbagai reaksi sekarang, kebanyakannya negatif daripada positif.

“Jadi itu masalah dia. Jangan heret saya. Ini masalah kamu...” tegasnya.

Sebelum ini, Adun PKR Kajang Lee Chen Cheh melepaskan jawatan dan PKR sudah mengumumkan Anwar akan bertanding di kerusi berkenaan dipercayai bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Mengulas cadangan supaya Barisan Nasional (BN) tidak terbabit dalam PRK itu, Najib menjelaskan, Dewan Tertinggi BN akan buat keputusan mengenainya.

“Saya belum tetapkan tarikh. Saya nak tahu tarikh penamaan calon dahulu,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, keputusan sama ada kerusi itu akan ditandingi wakil MCA atau UMNO juga akan diteliti dan keputusannya dijangka selepas Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, katanya dalam pertemuan tersebut, NGO Melayu dan Islam menyatakan sokongan kepada kerajaan dan akan bersama mencari jalan kebaikan untuk negara ini.

“Matlamatnya ialah untuk mencari satu bentuk kefahaman yang semakin lebih jelas lagi dan menentukan hala tuju dan masa depan negara kita.

Apapun kita tidak boleh membenarkan isu ini memecahbelahkan kita. Kita mungkin ada perbezaan pendapat tetapi kita tak seharusnya melebarkan lagi jurang perpecahan sesama kita,” katanya.

Najib juga menjelaskan mengenai isu kenaikkan naik barang dan langkah-langkah kerajaan menanganinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana