Isu Kajang: Pelik bila TIBAI 'kasihan' Anwar kena tibai...

TIBAI biasanya cukup 'sensitif' bila timbul sesuatu isu yang melibatkan gelagat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anih juga dicelah kehangatan isu ADUN PKR Kajang letak jawatan 'suka-suka' untuk beri laluan kepada Ketua Umum PKR itu bertanding,TIBAI yakni singkatan pada 'Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim' masih belum menibai.

Musyridul AM TIBAI,Zahid Md Arip yang dihubungi Agendadaily pagi Rabu ketawa besar bila ditanya mengapa beliau menyepi seribu bahasa.

"Bukan apa...saya jatuh kasihan pulak pada Anwar," katanya dengan nada sinis.

Ini katanya kerana agak terkejut melihat pertama kali rakan dan sahabat handai Pakatan Rakyat sendiri yang menibai sakan Anwar dan PKR.

"BERSIH ,Datuk Ambiga ,PAS Selangor,Ketua Pemuda PAS Selangor, bekas Ketua Pemuda PAS Nasarudin Tantawi dan ramai lagi sudah tibai...jadi biarlah kita tengok dari jauh cukup,"kata bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan itu.

zahidarip

Bagi Zahid kalau kawan-kawan sendiri sudah berbunyi begitu semua ini sudah cukup jelas membuktikan alasan yang diberi untuk mengosongkan kerusi DUN Kajang memang tidak masuk akal dan mengarut.

Katanya dolak dalik Anwar tentang isu jawatan Menteri Besar Selangor juga buat orang ketawa dan ketawa.

"Bunyi macam kartun...tiba-tiba nak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri...cakap pula tak ada kaitan dengan jawatan Menteri Besar dan tak ada kaitan dengan krisis Khalid dan Azmin,"ujarnya.

Zahid tidak menolak kemungkinan setelah dipujuk rayu semuanya akan bersatu hati semula menjelang pilihanraya kecil nanti."Ini sudah tabiat pembangkang...tetapi reaksi awal mereka pasti membuat ramai yang celik pada tingkah laku politik Anwar yang sebenar,"katanya.

Jangan kata Zahid saja sehingga sekarang ramai yang masih tidak nampak lojik perlunya PKR senang-senang ikut suka hati mengosongkan kerusi DUN Kajang untuk Anwar bertanding.

Apa lagi Anwar nafi spekulasi beliau hendak jadi Menteri Besar ganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Juga tidak masuk akal dakwa Anwar beliau nak jadi ADUN Kajang sebahagian dari strategi Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.

Mana lojiknya hanya dengan duduk di sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri yang terletak disebelah Putrajaya boleh beri kelebihan untuk capai hajat itu.

Selain dari kenyataan BERSIH,kritikan Nasarudin Tantawi dalam facebooknya cukup menusuk hati.Jarang sekali beliau lepas cakap begitu.

Kalau ditinjau di blog-blog,facebook dan twitter cukup ramai yang masih buat lawak dan persoalkan tindakan PKR buka pintu pilihanraya kecil tidak tentu pasal yang pastinya akan membazirkan wang rakyat.

Pandangan ini disuarakan oleh pelbagai lapisan rakyat melangkaui batas parti.

Rasanya memang jenuh Anwar dan orang-orangnya kena bersilat putar balik mood untuk terima langkah PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana